KUALA NERUS โ Pemandu mabuk disifatkan seolah-olah melakukan pembunuhan sengaja dan hukuman terhadap kesalahan itu perlu diperketat bagi melindungi nyawa pengguna jalan raya.
Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, fenomena tersebut semakin membimbangkan dan perlu ditangani secara menyeluruh kerana ia melibatkan risiko kehilangan nyawa yang tidak ternilai.
Menurutnya, setiap individu yang berada di jalan raya bertanggungjawab memastikan keselamatan diri dan orang lain kerana kemalangan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.
โJangan lihat isu ini hanya dari sudut mangsa, tetapi dari sudut keselamatan semua. Satu nyawa pun tidak boleh diganti walau dengan nilai berbilion ringgit,โ jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata demikian dalam sidang media selepas program Bicara Wanita Alam Melayu sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah dan Himpunan Alam Melayu 2026, perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.


Mumtaz menegaskan, tindakan memandu dalam keadaan mabuk tidak boleh dianggap kesalahan ringan kerana ia dilakukan secara sedar dan berisiko tinggi.
Katanya, walaupun peratus kes mungkin kecil, setiap kehilangan nyawa memberi kesan besar kepada keluarga mangsa dan tidak boleh dipandang remeh.
โWalaupun disebut 0.5 peratus, nyawa tak nyawa, nilai seorang ayah nyawa, seorang ayah nyawa, seorang ibu nyawa, seorang anak, tidak ada tukarannya. Letaklah bilion pun tak akan sama sebab tidak ada orang lain yang boleh menggantikan suami ataupun anak kita ataupun ayah kita.
โBukan setakat manusia, anjing pun kita tak mahu langar.
โApatah lagi ini orang dan perbuatan minum mabukkan ini memang membawa mudarat dan kita mengharapkan semua pihak pemeriksa ataupun bukan Islam menghormati,โ ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula hukuman terhadap kesalahan tersebut termasuk mempertimbangkan pelaksanaan konsep diyat bagi memastikan keadilan lebih menyeluruh.
Tambahnya, hukuman sedia ada dilihat tidak setimpal dengan penderitaan yang dialami mangsa, berbanding kes bunuh lain yang menerima hukuman lebih berat.
Dalam masa sama, beliau menekankan 

bahawa masyarakat tanpa mengira agama perlu menghormati undang-undang dan menjaga keselamatan bersama.
โMinum arak mungkin dibenarkan dalam agama tertentu, tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk membahayakan orang lain,โ katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa aspek menjaga nyawa merupakan nilai sejagat yang perlu dipelihara oleh semua pihak.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan bukan sahaja memperketatkan hukuman, malah mempergiatkan pendidikan serta kesedaran awam bagi membendung kes pemanduan mabuk daripada terus berulang.
โKita hidup bermasyarakat. Kalau duduk seorang dalam gua, terserah pada dia. Tapi ini bila hidup bermasyarakat kita kena hormat kepada undang-undang yang dikenakan.
โDan apatah lagi kalau orang Islam, ini adalah perintah Allah SWT dan ada banyak mudarat berbanding dengan manfaat. Jauhi dalam minum arak,โ tambah beliau.





























