Pelarian Rohingya Mahu Junta Dijatuhkan, kembali ke Myanmar

145

Aysar Rahman yang berusia tujuh puluh tahun adalah salah satu daripada lebih dari 750,000 orang Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar pada bulan Ogos 2017.

Pada ketika itu, pihak tentera negaranya melancarkan tindakan keras membakar kampung-kampung, pembunuhan dan pemerkosaan.

Beliau meninggalkan rumah besar, peternakan lembu dan harta benda lain, keluarganya seramai lapan orang telah hidup dalam keadaan buruk di Cox’s Bazar, Bangladesh, kem pelarian terbesar di dunia, yang menempatkan lebih dari satu juta orang Rohingya.

Aysar reda dengan nasibnya untuk sementara waktu, tetapi optimis untuk kembali ke negara asal dengan hak dan martabat, dimana suara dan kewarganegaraannya ditolak.

Walaupun mengalami kesukaran menjadi salah satu mangsa dari hampir 10,000 penempatan sementara yang terbakar dalam kebakaran 22 Mac, bagaimanapun, beliau prihatin dengan situasi semasa di Myanmar.

Beliau mengikuti perkembangan, ratusan penunjuk perasaan anti-kudeta telah terbunuh sejak pengambilalihan tentera 1 Februari.

“Keprihatinan utama kami adalah pemulihan demokrasi di Myanmar, dan ingin kembali ke tanah air tercinta,

“Saya berharap gerakan ketidakpatuhan sivil terhadap junta tentera akan membuahkan hasil.” katanya kepada Anadolu Agency.

Kata beliau, Tatmadaw, angkatan bersenjata Myanmar, sekali lagi terserlah di hadapan dunia, dan umat Buddha, komuniti majoriti di negara Asia Tenggara, telah berdemonstrasi menentangnya.

Penunjuk perasaan telah memenuhi jalan-jalan di Myanmar selama lebih dari dua bulan menentang rampasan kuasa itu, dan penahanan Aung San Suu Kyi.

Penasihat negara sementara itu, dan pemimpin lain dari partai Liga Nasionalnya untuk Demokrasi, dinafikan hak setelah meraih kemenangan besar dalam pilihan raya November 2020.

Tindakan oleh pasukan keselamatan sangat kejam dengan orang awam ditembak, dipukul, ditahan dan juga serbuan pada waktu malam.

“Kami ingin kembali ke tanah air di mana kami telah tinggal selama beberapa generasi, Ini hak kita untuk kembali ke tanah leluhur kita.” kata Lutu Begum, 65.

“Walaupun terdapat penindasan terhadap kami, majoriti penganut Buddha, termasuk Aung San Suu Kyi, diam. Sekarang mereka juga menderita, “tambahnya.