PRU15; PAS Buat Persiapan Awal

158

KUALA TERENGGANU – PAS Terenggaanu sebagaimana kebiasaan, telah membuat persiapan awal, bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Pesurujayanya Dato Ustaz Husain Awang berkata, semua jentera peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) telah pun dilancarkan.

“Saya baru balik lancar jentera, seluruh negeri telah dilancarkan, kecuali DUN Wakaf Mempelam,” ujarnya ketika ditemui semalam.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, satu jawatankuasa perhubungan Perikatan Nasional (PN) peringkat negeri Terengganu telah dimuktamadkan.

“Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri telah menjadi Pengerusi dan PN membuka pintu kepada mana-mana pihak,

“Parti-parti politik atau NGO untuk bersama-sama menghadapi PRU yang datang,” katanya.

Namun begitu, kata beliau, belum ada sebarang perbincangan berkaitan pembahagian kerusi diantara PAS dengan pihak lain termasuk dengan PBBM.

Sementara itu, Kuala Terengganu telah mengorak langkah menjadi kawasan parlimen palimg awal menubuhkan jawatankuasa bersama diantara PAS dan PBBM.

PN Bahagian tersebut yang mengadakan mesyuarak semalam telah bersetuju melantik Ahli Parlimen Kuala Terengganu sebagai Pengerusinya.