Pelancong Lebih Utama Daripada Rakyat?

7949

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu dilihat lebih mengutamakan pelancong yang datang dari luar, berbanding rakyatnya sendiri.

Ketua Pemuda PAS Dewan Udangan Negeri (DUN) Bandar berkata, pagar indah ‘penghadang’ sungai buatan di Kampung Cina Kuala Terengganu yang baru dibina tujuh tahun lalu, telah ditukar ganti.

Sebaliknya, Khairuddin Mohamad berkata, longkang besar di Pasar Chabang Tiga yang telah menyebabkan beberapa kemalangan yang hampir meragut nyawa, masih belum dibina.

“sungutan daripada pengguna Pasar Chabang Tiga berkaitan masalah longkang besar yang masih tidak berpagar hingga ke hari ini,

“tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa…..sebaliknya pagar sungai buatan itu, yang masih elok, ditukar dengan pagar baharu,

“apakah kerajaan tidak pedulikan rakyat? Mengapa pihak berwajib seakan-akan menutup mata dan telinga terhadap keluhan ‘rakyat marhaen’ sejak sekian lama?,” soal beliau.

Katanya, beliau dan orang ramai faham Pulau Warisan dianggap lokasi tumpuan pelancong, namun pihak berkuasa teutamanya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak sewajarnya menggunakan wang hasil cukai rakyat sewenang-wenangnya.

Beliau berkata, pagar yang mahal harganya itu masih baik, walaupun ada retakan dibeberapa tempat.

“saya dimaklumkan memang ada kerosakan pada pagar di Pulau Warsan itu, tetapi mengapa ia begitu cepat rosak?

“adakah bahan-bahan yang digunakan tidak tahan lama? Dan mengapa ia tidak diperiksa semasa pembinaanya dahulu?,” soal beliau lagi.

Justeru, beliau mendesak pihak yang berwajib agar menyegerakan usaha memagar longkang di kawasan Pasar Chabang Tiga demi keselamatan peniaga dan pengunjung.

“Sekali lagi kami mengulangi, bahawa jangan sampai adanya korban nyawa atau sudah masuk tempoh hampir pilihan raya,

“barulah pihak berwajib kelam kabut menurunkan projek simpati menggula-gulakan rakyat,” tegasnya.

Berita terkait;

Lori Masuk Longkang; Kerajaan Digesa Beri Penjelasan
Ke Kerajaan Nak Tunggu Orang Mati Baru Pasang Penghadang Longkang?