Pelancaran Roadshow ‘Jom Turun’

1649

Lajnah Penerangan & Hubungan Media PAS Pusat dengan kerjasama PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan satu pelancaran roadshow kempen ‘Jom turun’ peringkat pusat. Kempen ini dilancarkan bertujuan untuk menggerakkan kesedaran rakyat berkaitan kenaikan kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat.

Roadshow1Kempen yang digerakkan oleh PAS ini selari dengan agenda rakyat yang ingin melihat negara ini bebas dari korupsi yang menjadi punca utama kenaikan kos sara hidup ini. Selain itu PAS juga menuntut supaya ditangguhkan perlaksanaan GST yang masih belum sesuai dilaksanakan dalam negara ini. PAS juga meminta supaya didedahkan perjanjian konsesi tol yang dilihat menyebelahi syarikat konsesi tol dan dalam masa yang sama terus menjerut leher rakyat.

Pelancaran roadshow ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Ia akan turut disertai oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu dan saya sendiri selaku Ketua Penerangan. Selain itu wakil-wakil dari Dewan Pemuda, Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat Pusat juga akan turut hadir bagi menjayakan program besar ini.

Pelancaran roadshow ini akan diadakan pada Jumaat, 7 Februari jam 9.00 malam bertempat di Padang Blok E, Desa Pandan, Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak PAS Pusat menjemput dan mempersilakan seluruh rakyat yang prihatin terhadap isu kenaikan kos ini khususnya warga Lembah Kelang, dan juga warga media cetak dan elektronik agar dapat turun hadir bersama-sama memberi sokongan dan membuat liputan terhadap pelancaran roadshow ini.

YB Dato’ Hj Mahfuz Hj Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat