Pelancaran Pra-Tahfiz PASTI Negeri Terengganu

2199

Majlis Taklimat Pra Tahfiz Dan Pengurusan Kewangan PASTI telah diadalah secara serentak di dua zon yang merangkumi empat kawasan.

pra tahfiz pasti2Zon pertama, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus diadakan di Dewan As Syifa’, Kuala Ibai dan Zon kedua, Marang dan Hulu Terengganu di Dewan Utama Maahad Darul Quran, Rusila.

Program ini melibatkan seluruh pengurus, bendahari dan guru PASTI cawangan. Seramai 250 orang warga kerja PASTI hadir pada majlis tersebut.

Sehubungan dengan itu juga PASTI Negeri Terengganu telah membuat Pelancaran Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pra Tahfiz 2017 ke seluruh Negeri.

pra tahfiz pastiMajlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ustaz Sulaiman Bin Sulong, Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu di Marang. Menurut beliau, Silibus Pra Tahfiz merupakan satu inovasi pendidikan PASTI yang diperkenalkan kepada masyarakat sebagai pakej tambahan berteraskan Islam. Ia juga, adalah kurikuklum yang memberi penekanan kepada aspek hafazan al Quran buat pelajar PASTI

Menurut beliau lagi, diharapkan dengan kurikulum pra tahfiz ini mampu melahirkan generasi yang celik al quran dan para huffaz dari usia awal kanak-kanak.

Ustaz Riduan Abu Bakar
Setiausaha Jabatan PASTI Negri Terengganu
29 Disember 2016