

Pada taklimat kepada NGO-NGO Selangor susulan tindakan JAIS menyiasat aduan adanya ”gereja” yang menganjurkan majlis berbuka puasa, apabila peluang soalan dibuka seorang hadirin bernada sinis bertanya apakah JAIS amat terdesak kerana memanggilkan hadirin untuk taklimat tersebut.
Terpingga IB sebentar. Dalam suasana semua yang hadir berpadu teguh semangat berdiri menyokong JAIS bertindak memeriksa kesahihan aduan ada pula wakil NGO sanggup mempersoalkan tindakan JAIS menyelamatkan akidah umat Islam di negara kita.
Itulah pertama kali IB hadir majlis sedemikian di JAIS selepas mendapat arahan dari Presiden NGO yang IB anggotai untuk mewakili beliau. Dan itulah pertama kali IB berjumpa lelaki tersebut.
Dari perwatakan dan pembawaan dirinya, IB agak dia seorang pegawai kerajaan. Dan dari ramainya kenalan beliau yang bersalam dengannya sambil sebahagiannya semacam memberi penghormatan beliau mungkin seorang pegawai kanan kerajaan.
Maka untuk menulis ini, IB melakukan sedikit selidik. Rupanya beliau seorang pengerusi NGO di Selangor. Dan yang amat mengejutkan lagi bagi IB ialah beliau seorang PEGAWAI KANAN JAKIM. Wow terkejut benar.
Pegawai di jabatan agama Persekutuan hentam tindakan jabatan agama negeri!
Agak tidak masuk akal juga.
Maka diselidiki lagi, NGO ini mempunyai afiliasi kuat dengan tokoh politik tertentu. Maka konklusinya, apakah beliau bercakap dengan membawa mesej yang diarah atau mesej yang mafhum pendirian NGOnya.
Akhirnya, pegawai ini bersama dengan rakan-rakan sekongkol mereka mensabotaj satu majlis forum membincangkan mendaulatan Islam sebagai agama negara yang telah diadakan di Masjid Negeri pada hari sambutan Nuzul Quran. Tindakan menikam dari belakang di saat akhir adalah satu tindakan yang bacul.





























