PBB Terkejut; Kem Pelarian Muslim Rohingya DiKawasan Kumbahan

738
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/kem%20rohingya.jpg

Valerie Amos berkata demikian selepas melawat kem-kem di negeri Rakhine.

Lebih daripada 135,000 orang, majoriti orang Islam Rohingya, kehilangan tempat tinggal akibat konflik etnik selama enam  bulan telah dipindahkan dan tinggal di kem-kem sementara di negeri ini.

Seorang wartawan BBC Jonah Fisher yyang turut serta dalam lawatan tersebut mengesahkan muslim Rohingya hidup dalam  keadaan kem-kem yang lebih buruk daripada kem-kem penganut Buddha Rakhine.

Beliau berkata kem disemenanjung Myebon, yang dikhaskan untuk penganut Buddha Rakhine, mempunyai khemah pintar, bekerja kebersihan dan penghantaran bantuan makanan dan bekalan perubatan yang teratur.

Sebaliknya, kata Jonah, kira-kira 4,000 Rohingya Muslim hidup penuh sesak bersama-sama longgokan ‘kohong’ lumpur, dikelilingi oleh aliran air yang kumbahan.

Sementara itu, menurutnya lagi, di kem-kem pelarian Rohingya Muslim diletakkan pengawal Burma yang bukan bertujuan menjaga keselamatan tetapi untuk mencegah pelarian Islam Rohingya meninggalkan kem terbabit.

“Ia adalah satu keadaan yang buruk dan kita perlu melakukan sesuatu mengenainya, malangnya kita sebagai Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mampu (dibenarkan) untuk masuk dan melakukan pelbagai kerja kami ingin (diperlukan) para pelarian, jadi keadaan yang (berlaku sangat) dahsyat.”kata Amos memberitahu BBC

Beliau berkata usaha PBB telah dihalang oleh masalah pentadbiran dan visa, serta kekurangan dana.

Oleh itu, beliau menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyalurkan bantuan, namub begitu katanya, pihak berkuasa Burma meseti membantu terpaksa membantu mengujudkan perdamaian dan penambahbaikan terhadap pelarian.

Beliau berkata ketegangan di kawasan itu kekal sebagai kawasan yang ‘sangat panas’.

“Kerajaan juga mempunyai tanggungjawab, mereka perlu memimpin, mereka perlu bekerja untuk membawa masyarakat bersama- sama dan kerja-kerja tersebut mestiah dimulakan sekarang.”ujarnya.

Wartawan BBC turut melaporkan kaum Buddha Rakhine telah mengawal semua tanah di sekitar kem pelarian Rohingya muslim, yang menjadikan penyaluran bantuan kemanusiaan hampir mustahil.

Pemisahan masyarakat antara Buddha dan islam kini dilihat di seluruh Rakhine, tambah Jonah Fisher.

Sehubungan itu, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Haji Hussin ismail mengesahkan laporan diatas.

Beliau yag ditemui selepas mesyuarat Yayasan Amal Cawangan Terengganu semalam.

Katanya, beliau diberitahu keadaan yang ‘amat dahsyat’ melanda pelarian Islam Rohingya oleh rakan sejawatnya dari sebuah NGO negara Turki.

“walaupun kem-kem orang Islam Rohingya itu telah seolah-olahnya dibersihkan kerana kedatangan isteri Perdana Menteri Turki, namun kehidupan pelarian Rohingya dipenuhi selut dan lumpur,”jelasnya.

NGO Turki tersebut, menurut Haji Hussin, berpeluang mengiringi lawatan isteri Perdaa Menteri Turki Emine Erdoğan ke kem pelarian terbabit baru-baru ini.