PBB, Parti-parti Politik dan NGO’s Perlu Menghormati Islam dan Ajarannya

806

KUALA NERUS – Ahli Parlimen Kuala Nerus Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menggesa pihak yang tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai hukuman jenayah Islam khususnya Hudud agar tidak membuat sebarang kenyataan yang menyeleweng terhadap pelaksanaan hukum tersebut.

Menurutnya, beliau sedia untuk mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak, dalam dan luar Negara, untuk berbincang atau berdialog berhubung perkara terbabit.

Mana-mana pihak juga, katanya, perlu ‘membuka dada dan pemikiran’ berlandaskan fakta dan kebenaran, dalam menghadapi isu kemanusiaan dan bukan membuat kenyataan dan tindakan berlandaskan emosi dan anggapan.

“Saya merujuk kepada kenyataan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) PBB yang dilaporkan mengkritik keputusan Brunei yang mahu melaksanakan hukuman hudud di negara itu,

“dan juga kenyataan-kenyataan yag dikeluarkan oleh pemimpin parti-parti politik atau mana-mana badan ada NGO atau persatuan di dalam dan luar Negara,

“yang melabelkan hukum syariah sebagai ‘kontroversi’ yang kononnya tidak membawa kepada keadilan dan memenuhi hak-hak asasi manusia, agar duduk dan berbincang mencari penyelesaian,

“bukan menutup ruang dan membuat rumusan berdasarkan sentimen politik dan kebencian terhadap Islam,”ujarnya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, beliau berkata, bantahan PBB terhadap Brunei dan parti-parti politik berasaskan kaum di Malaysia mencerminkan sikap ‘double standard’ mereka terhadap demokrasi dan hak-hak asasi kemanusiaan.

“dalam isu-isu hak asasi manusia dipentas antarabangsa PBB tidak mencerminkan mereka memahami konsep demokrasi dan keadilan serta slogan ‘human right’ yang dilaung-laungkan,

“banyak isu-isu kemanusiaan sebenar yang tertunggak (dan) tidak diuruskan oleh PBB terutamanya melibatkan jenayah kemanusiaan oleh negara haram Yahudi di Palestin,

“begitu juga parti-parti politik dan badan-badan NGO membayangkan mereka tidakmeghormati ajaran Islam hak-hak asasi umat Islam,”jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat berkata, semua pihak perlu menginsafi bahawa hukum Hudud dan Qisas adalah sebahagian dari ajaran Islam, yang menjadi undang-undang yang perlu dipatuhi oleh para penganutnya.

Menurutnya, perundangan Islam bukannya perkara baru, malah banyak prinsip-prinsip keadilan yang digunapakai dalam sistem kehakiman yang diamalkan oleh banyak Negara dalam dunia, adalah berasal dari perundangan dan keadilan Islam yang dibawa oleh kebenaran utusan Allah, Muhammad SAW melalui kitab suci al-Quran.

Dalam menghadapi ‘situasi gawat’ masalah kemanusiaan dan jenayah yang melada dunia masa kini, Islam mempunyai kaedah bagi menyelesaikannya dengan perundagan dan sistem keadilan berlandaskan ‘syariah’ yang InsyAAllah akan membawa keadilan dan kesejahteraan.

Justeru beliau menyeru, semua pihak memberi ruang danmasa kepada perlaksanaan unadng-undang Islam dan mendapat maklumat yang sebenarnya berkenaan perkara tersebut.

Bukannya meendengar dan mengulang-ulang kebencian dan prejudis, berdasarkan propaganda dari pihak yang telah terbukti ‘bias’, tidak adil dan memusuhi Islam.