Tidak Ketandusan Tukang Sembelih

403

DUNGUN- PAS tidak ketandusan tukang sembelih setiap kali menjelangnya perayaan Hari Raya Aidiladha.

Ketua Penerangan PAS, Naraza Muda berkata ini kerana peluang sentiasa diberikan kepada pelapis muda dengan mendedahkan mereka dengan diberikan bimbingan.

“Setiap tahun saya sendiri menggunakan pengalaman yang ada untuk dikongsikan dengan anak-anak muda agar lebih ramai ‘tukang jemeleh dapat dilahirkan.

“Apabila mereka makin pandai, berani dan lulus, maka mudahlah kerja kita di masa akan datang bagi memastikan tradisi ibadat korban ini dapat dilakukan pada setiap tahun,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui, di Majlis Ibadat Korban Felda Jerangau dijalankan, di Padang Megat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, boleh dikatakan semua pemimpin di pelbagai peringkat memiliki kemahiran untuk menjalankan upcara ibadat korban.

“Ini kerana ilmu dan amalan ini sentiasa diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang baru.

“Hari ini kita mahu melahirkan seramai mungkin anak muda yang menguasai kemahiran ini, penglibatan anak muda ini akan menjadikan Pemuda PAS memiliki perbezaan dengan anak muda yang lain.

“Sudah tentu akan menjadikan mereka untuk sentiasa relevan berada dalam masyarakat untuk melancarkan apa jua program yang diadakan termasuk ibadat korban ini,” ujarnya.

Katanya, lebih 15 ekor lembu dapat dikorbankan.

“Alhamdulillah semua anak-anak muda berperanan dengan baik dalam menjalankan ibadat ini dalam memastikan segalanya berjalan lancar dan daging korban dapat diagihkan kepada fakir miskin,'”katanya.