Terengganu, Malaysia

PBB: Keganasan Tentera Myanmar Teratur Dan Konsisten

rohingya1

Para penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar memberitahu tentang pembunuhan, penderaan, rogol dan tindakan membakar yang ‘konsisten dan teratur’ di negara itu.

Maklumat itu diperoleh oleh pasukan penyiasat berkenaan yang diketuai bekas Peguam Negara Indonesia, Marzuki Darusman selepas mengadakan misi pertama ke Bangladesh.

PBB: Keganasan Tentera Myanmar Teratur Dan KonsistenMarzuki memaklumkan, jumlah yang terkorban akibat keganasan tentera Myanmar sejak 25 Ogos lalu tidak diketahui namun dipercayai ‘sangat tinggi’.

“Kami mendapat keterangan daripada ramai pelarian Rohingya dari pelbagai kampung di seluruh utara wilayah Rakhine. Keterangan mereka menjelaskan tentang tindakan pencabulan hak asasi manusia secara ‘teratur dan konsisten’ terhadap beratus-ratus ribu orang,” kata Marzuki melalui satu kenyataan.- Reuters

***Menyumbang melalui Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran PASRelief Terengganu atas nama DANA TAAWUN DPPNT MAYBANK ISLAMIC , NO AKAUN : 5630 6411 3873

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan