Terengganu, Malaysia

Suara Masyarakat Bukan Islam Diberi Perhatian

Suara Masyarakat Bukan Islam Diberi Perhatian

KUALA TERENGGANU – Keperluan dan kebajikan masyarakat bukan Islam di Terengganu termasuk komuniti Cina, Siam, India, Sikh dan Orang Asal terus diberi perhatian melalui pendekatan perbincangan serta kerjasama merentas parti.

Perkara itu disentuh Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan selepas mengadakan pertemuan bersama ADUN Lantikan Terengganu, YB Chan Chee How, yang merupakan wakil masyarakat bukan Islam, semalam.

“Kepelbagaian masyarakat bukan Islam di Terengganu memerlukan kesediaan semua pihak untuk mendengar, memahami keadaan setiap komuniti dan mencari penyelesaian secara bersama,” jelasnya ketika dihubungi.

Tambah beliau, kematangan politik turut dapat dilihat apabila perbezaan dapat diurus secara hormat, selain membuka ruang kerjasama merentas parti demi kepentingan rakyat.

Suara Masyarakat Bukan Islam Diberi Perhatian

“Amanah yang dipikul menuntut kita berlaku adil, terbuka kepada pandangan dan bersungguh-sungguh membawa kebaikan kepada seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang,” ujarnya.

Dr Bala berkata budaya politik yang mengutamakan kerjasama dan kesejahteraan rakyat itu wajar terus diperkukuh di Terengganu dan seluruh negara.

“Rakyat berhak mendapat khidmat yang baik dan kepimpinan yang meletakkan kesejahteraan bersama sebagai keutamaan,” tambah beliau.

Turut hadir Pengerusi JPKK Kampung Cina, Alex Chan; Pegawai Perhubungan Awam kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Cik Cheng Siew Thing serta aktivis Puan Amy Chua

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan