PASTI Bestari Jadi Pilihan Ibu Prihatin

2101

Oleh : Husna Zakaria

KUALA NERUS – Adalah sangat mustahak kepada anak-anak belajar agama, bagi menjamin kehidupan di dunia ini dan di akhirat nanti.

SPASTI Bestari Zainal Abidin2eseorang ibu itu yang menitikberatkan pendidikan kepada anak-anaknya, pasti akan memilih sebuah pusat pendidikan yang memiliki persekitaran ‘berakhlak’ dan dan dikendalikan oleh mereka yang berperibadi murni.

Oleh sebab itu, Puan Sahima Binti Mohd, 42, telah memilih PASTI Bestari bagi pendidikan asas kepada putera kesayangannya Sufie Aizzat Putra bin Supian Ibrahim.

“niat saya kali ini nak hantar anak saya ke sekolah agama dan saya yakin dengan PASTI Bestari ini…..,

“dulu saya hantar anak ke sekolah Cina, tapi saya tengok akhlaknya berbeza dengan anak-anak lain yang belaja agama, sebab itu saya hantar anak saya ke sini pula,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu di perkarangan PASTI tersebut di Gong Badak dekat sini, pada Ahad 1 Januari.

Puan Salima Binti Mohd1
Puan Sahima Binti Mohd bersama anaknya Sufie Aizzat Putra bin Supian Ibrahim.

Sahima yang juga seorang ‘peniaga rempah ratus’ berkata, beliau yakin kepada pusat asuhan anak-anak pra-sekolah itu, walaupun hanya mengetahui maklumat pembukaanya melalu kain rentang sahaja.

“walaupun tahu maklumat melalui kain rentang di tepi jalan (ia) tidak menjadi sebab untuk beliau tidak menghantar anaknya di sini,

“saya tak tahu sukatan pelajarannya, tapi saya yakin ia akan dapat mendidik anak saya,”jelasnya
Beliau berharap, dengan tunjuk ajar guru-guru di pusat itu, anaknya akan menjadi menjadi generasi al-Quran yang unggul, berakhlak dan berilmu.

Sementara itu, seorang ibu muda, Nurizzaty Che Asri, 29, turut menghantar anak sulungnya Wan Mohd Asri, ke PAPuan Salima Binti MohdSTI Bestari itu.

Beliau yang ditemu berkata, mendapat maklumat pembukaan PASTI tersebut melalui laman sosial.

“saya datang ke sini….saya tengok sukatan pelajaran OK, anak-anak dapat menghafaz al-Quran…….jadi saya hantar anak…..yang sulung,

“saya tahu tentang PASTI ini dari ‘facebook,”katanya.

Menurut Pengarah PASTI Kuala Nerus Haji Fadhil bin Wahab berkata, seramai 56 orang telah mendaftar sebagai murid kepada PASTI tersebut yang diberi nama PASTI Bestari Zainal Abidin.

Beliau yang dihubungi berkata, ia adalah PASTI pertama seumpamanya di daerah baru itu.