PASRelief Gerakkan Sumbangan Bencana Banjir Pakistan

270

Pakistan telah mengisytiharkan darurat dan meminta bantuan antarabangsa akibat bencana banjir besar yang telah melanda beberapa wilayah di sana.

2. Sehingga semalam, lebih 1,000 orang telah terkorban dan 33 juta atau kira-kira 15 peratus daripada jumlah penduduk Pakistan terjejas akibat banjir besar musim ini.

3. Banjir besar ini disifatkan setanding dengan banjir pada 2010 yang telah mengorbankan 2,000 orang dan merupakan antara bencana paling teruk melanda Pakistan.

4. Selain kemusnahan kediaman dan bangunan awam, lebih merisaukan lagi adalah bantuan makanan yang tidak sampai kepada mangsa-mangsa banjir.

5. PASRelief terpanggil untuk menggerakkan Sumbangan Bencana Banjir Pakistan sebagai satu solidariti dan kebersamaan dengan rakyat Pakistan yang sedang berhadapan dengan ujian yang dahsyat ini.

6. PASRelief berharap seluruh rakyat Malaysia dapat bersama dengan solidariti ini dan turut menyumbang bagi membantu dan terutamanya dalam menyediakan makanan kepada saudara-mara kita di Pakistan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :

Maybank
564070612333 (PASRelief)
Ref : BanjirPakistan

atau melalui :
https://infaqpay.my/plus/tabung-bencana-banjir-pakistan-paserelief

Sekian, terima kasih.

YB Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah
Pengarah PASRelief