PASRelief Agih Sumbangan Rp5 Juta Kepada RSUD Sayang Rakyat

1328

MAKASSAR – Pusat Bantuan Kemanusiaan PAS (PASRelief) agihkan sumbangan sebanyak Rp5 Juta kepada Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Sayang Rakyat.

Pengarahnya, YB Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia bagi membantu hospital itu merawat mangsa gempa bumi dan tsunami Palu dan Donggala.

“Sumbangan itu adalah bagi membiayai apa-apa perbelanjaan untuk mangsa yang tidak disediakan oleh pemerintah,

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyumbang dan saya harap sumbangan diteruskan kerana banyak lagi keperluan yang perlu diberikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas menyampaikan bantuan itu semalam, Jumaat 5 Oktober.

Menurutnya, PASRelief akan meneruskan Misi Kemanusiaan tersebut melalui jalan darat setelah usaha melalui kapal laut dan pesawat udara tidak berjaya.

Sehubungan itu, Pengarah RSUD Sayang Rakyat, Dr Siti Hajar Abdullah mengucapkan terima kasih atas sumbangan itu.

“Saya ucap terima kasih kepada PASRelief dan rakyat Malaysia yang datang dari jauh untuk membantu,

“Memang ada keperluan yang dibutuhkan, tidak dapat dibantu pemerintah kerana mangsa yang datang ramai,” jelasnya.

Beliau menambah, lebih 500 orang pesakit pasca gempa yang tiba ke hospital itu, dari Palu dan Donggala, untuk mendapatkan rawatan.

“Ada yang masih trauma dan mengalami kecederaan serius dan perlu kepada pembedahan akibat kederaan,” tambah beliau.

Justeru, Makassar yang terletak kira-kira 1,065 KM tidak dilanda gempa bumi dan tsunami.

Namun begitu, menurut Muhammad Sanusi, sebanyak 10 buah hospital di bandaraya itu menampung mangsa gempa yang tidak dapat di rawat di Palu dan Donggala.