PAS Yakin Tingkat Undi Wanita

2226

KUALA NERUS – PAS dijangka mampu dan dapat meningkatkan majoriti kemenangan pada kerusi Dewan Undanga Negeri (DUN) Teluk Pasu menerusi pengundi wanita.

Ketua Muslimat, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, sebanyak lebih 40 peratus pengunjung yang hadir daripada kalangan ‘kaum hawa’ itu menunjukkan sokongan kepada PAS semakin bertambah.

“dengan peratus kehadiran ke Mini Karnival adalah kaum wanita bukan dari kalangan ahli PAS bermakna kita telah berjaya menarik mereka yang sebelum,

“ini tidak mungkin belum mengundi PAS untuk bersama-bersama dengan kita pada pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sambutan Mini Karnival Wanita DUN Teluk Pasu kali Kedua yang diadakan di Kampung Kuala Belara, pada Jumaat 31 Mac.

Beliau yang juga isteri kepada ADUN Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, lebih banyak program akan dianjurkan untuk golongan wanita dalam DUN tersebut.

” DUN ini mempunyai jumlah pengundi wanita sebanyak 51 peratus, jadi kita perlu banyak buat program untuk bertemu mereka,

“kita sentiasa diberi perhatian oleh masyarakat dan perlu duduk bermesra bersama mereka…….jadi mereka tak rasa kekok untuk bersama kita,” jelasnya.

Malah kata beliau, ada di kalangan mereka yang membisikkan, sudah ‘muak’ dengan Umno dan mahu membuat perubahan pada kali ini.

Sambil melahirkan kesyukuran kepada Allah dan berterimakasih kepada semua pihak yang menjayakan mini karnival, Tuan Roslina yang juga pengarah program berkata, lebih seribu orang mengunjungi karnival tersebut.

“berdasarkan daripada senarai daftar kehadiran…….ia membuktikan bahawa usaha-usaha kita telah menampakkan hasil,” tambahnya.

Program sehari suntuk tersebut dimeriahkan dengan pelbagai program yang ‘mencuit hati wanita’ antaranya demonstrasi membuat biskut sedap dan kacang salut serta sukaneka.

Seramai 175 orang ibu tunggal ‘istimewa’ dari semua kampung sekitar Teluk Pasu menerima sumbangan bagi meringakan beban keluarga mereka.

Turut bersama menyerikan Mini Karnival itu ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Khairuddin Aman Razali, Wakil Rakyat Teluk Pasu, Ustaz Riduan Hashim dan Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu, Hajah Zarani Othman.