PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Letupan Kilang Sawit

761
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/albasungi%20rumah%20mayat.jpg

Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata demikian ketika ditemui selepas bertemu ayah kepada Allahyarham Azmi [Gambar kiri], di rumah mayat Hospital Hulu Terengganu dekat sini pada Selasa malam, 15 Januari.

“Saya baru saja bertemu dengan ayah mangsa, Encik Abdullah, dan kita (PAS) ucap takziah kepada keluarga mangsa, dan harap ayah serta seisi keluarganya bersabar menerima ujian daripada Allah,”ujar Ustaz Kamaruzaman yang juga Naib Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.

Allahyarham Azmi Abdullah, 47, adalah salah seorang dari tiga mangsa yang meninggal dunia akibat kejadian letupan kilang Sawit  di Kampung Bukit Kepah dekat sini.

Selain Allahyarham Azmi, dua warga Nepal, Pramod Kumar Ray, 30, dan Sanjib Kumar Rasman, 26, turut maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 petang kerana melecur 90 peratus di seluruh anggota badan

Manakala empat yang lain lagi cedera apabila sebuah mesin pengukus buah kelapa sawit meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di kilang milik Felcra Berhad itu.

Empat mangsa yang tercedera adalah seorang warga tempatan berusia 25 tahun, dua mangsa warga Bangladesh serta seorang Nepal kritikal dan kini dirawat di Hospital Hulu Terengganu.