PAS Tunai Janji Rakyat

1100

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU: PAS Kawasan Kuala Terengganu menunaikan tanggungjawab serta janjinya kepada rakyat kerana memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, yang lalu.

PAS kawasan terbabit kini menyediakan tiga perkhidmatan percuma yang diadakan di Pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kawasan Kuala Terengganu dan Pejabat Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Kuala Terengganu.

IMG-20160417-WA0045Yang Dipertua (YDP) PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata tujuan dan hasrat itu bagi memberi khidmat kepada warga penduduk di Kuala Terengganu.

Katanya, antara perkhidmatan yang disediakan itu adalah khidmat guaman, khidmat kesihatan dan agihan makanan percuma.

“Tujuan dan hasrat kewujudan pejabat ini adalah untuk kita memberikan khidmat kepada warga penduduk di Kuala Terengganu. Setelah pengundinya memberikan mandat kepada wakil PAS untuk mewakili mereka dalam Parlimen Kuala Terengganu pada PRU13, yang lalu.

“Saya juga mewakili Pakatan Rakyat khususnya di Dun Bandar ini dan diketiga-tiga Dun lain seperti Dun Wakaf Mempelam, Dun Batu Burok dan Dun Ladang yang dimenangi oleh PAS.

“Kami merasakan perlu ada perkhidmatan kami (PAS) kepada masyarakat di sini.Terutamanya, selepas Ahli Parlimen, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah yang bertindak keluar meninggalkan parti PAS dengan menyertai parti lain.

“Kami (PAS) perlu turun untuk memberikan ‘servis’ (perkhidmatan) kepada warga di Kuala Terengganu ini. Kami menghargai undi yang diberikan oleh rakyat kepada PAS,” jelasnya.

IMG-20160417-WA0043Beliau berkata demikian ketika mengadakan khidmat kesihatan percuma di Pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kawasan Kuala Terengganu dan Pejabat Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Kuala Terengganu di Jalan Banggol, Kuala Terengganu pada pada Khamis 14 April.

Pejabat tersebut telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 18 Februari lalu sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2016.

Tinjauan mendapati sambutan warga Dun Bandar itu amat menggalakkan termasuk di kalangan kaum Tionghua.

“Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan yang ditunjukkan oleh penduduk setempat khususnya di Dun Bandar ini dari kalangan kaum Tionghua.

“Program ini akan kita (PAS) adakan secara bulanan sebulan sekali. Setiap hari Khamis minggu kedua disediakan Khidmat Gumana percuma. Setiap hari Khamis minggu ketiga Khidmat Rawatan Kesihatan percuma dan hari setiap hari Khamis minggu keempat disediakan makanan percuma kepada masyarakat di Dun Bandar ini,” ujarnya.

Menurutnya, perkara tersebut dirancang bagi dilaksanakan kerana pada pilihan raya (PRU13) lalu rakyat telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.

Hadir sama pada program tersebut Ketua DHPP Kawasan Kuala Terengganu, Encik Jefri Chua.