PAS Tidak Akan Berkompromi

1769

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

ALOR SETAR – PAS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba untuk menghalang usaha bagi memartabatkan Islam di Malaysia.

Penolong Setiusaha PAS Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang berkata, beliau kesal dengan sikap sebahagian orang Melayu Islam yang menentang agamanya sendiri.

“Kita (PAS) memang terkesan dengan sikap sesetengah orang Islam yang sepatutnya mereka mendokong agama mereka sendiri,

“Tapi sebaliknya mereka mengambil sikap untuk menentang walaupun dengan alasan yang berbagai,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika di temui selepas Majlis Persmaiaj Muktamar Agung PAS kali ke-63 di Komplek PAS Kedah disini, semalamn Sabtu 29 April.

Beliau yang juga Pengerusi MTD PAS Seberang Takir menegaskan pendiriannya itu ketika mengulas Ucapan Ucapan Dasar Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Jadi Awang.

Dalam ucapannya, Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Seduani itu menyelar kumpulan yang berlumba-lumba untuk menjadi penentang agenda untuk meninggikan syiar Islam di kalangan rakyat beragama Islam dalam negara kita ini.

“Mereka saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam, seolahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini,” tegas beliau.

Justeru itu, menurut Ustaz Zakaria, mereka yang terang-terangan bersikap ‘keras kepala’ itu, sebenarnya ‘membuka pekung di dada’.

“Dengan cara tidak langsung tetapi itu menggambarlan sikap mereka dan perbuatan seperti itu tidak sepatutnya ada pada orang Islam”, ujar beliau kesal.