PAS Terengganu Rangka Pemerintahan Tanpa Bergantung Hasil Royalti

1756

KUALAM TERENGGANU – Nelayan di Pulau Duyong dan sekitarnya hanya berputih mata kerana peluang pekerjaan yang dijanjikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa mula-mula menganjurkan Piala Monsun (Monsoon Cup) tidak ditunaikan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, bekas Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sendiri yang mendedahkan pembaziran yang berlaku.

“buat ‘Monsoon cup’, di Pulau Duyung, Ahmad Said sendiri dedahkan, dia sebut habis seratus ribu juta untuk penganjuran dan kemudahan asasnya,

“tapi hari ini peluang pekerjaan yang dijanjikan untuk nelayan-nelayan di Pulau Duyung satu apa pun tak ada, pertandingan antara bangsa pun dah tak ada dah,

IMG-20160227-WA0068“buat Taman Tamadun juga (habis belanja) hampir 300 juta (tetapi) tak ada pulangan, tidak ada peluang pekerjaan, tidak ada apa keuntungan untuk rakyat, duit habis begitu sahaja,”katanya.

Beliau menambah, Menteri Besar baru, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman sedang membina jambatan hebat dan dekat dengan rumahnya.

Kononnya, menurut Dr Alias, rekabentuk ‘jambatan angkat’ itu dibuat untuk laluan kapal dibawahnya, sedangkan muara sungai disempitkan dengan penambakan tanah.

“konon-konon nak suruh kapal lalu, macam mana kapal nak lalu, muka kuala dia duk ‘tambun’, dia kata buat jambatan supaya kapal boleh masuk, tapi muka kuala cetek, macam mana (kapal) nak masuk?,” soalnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu mendakwa, kerajaan Terengganu yang dipimpin Razif sekarang tidak melaksanakan sebarang kajian terhadap sesuatu projek sebelum ia dilaksanakan.

Sebagai contohnya, menurut Dr. Alias, setelah gagal ‘Monsoon Cup’ kemudian sdang bina jambatan,tiba-tiba Razif istytihar mahu menjadikan Pulau Duyong sebagai kawasan industry petroleum pula.

“dia buat satu benda, tidak ada suatu kajian, tidak ada fokus hingga hancur lebur, selepas tu dia tiba-tiba mimpi nak buat Pulau Duyong tempat proses minyak pula,

“sebelah proses minyak nak buat pula projek ikan (aquapolitan) pula, semua dekat dengan rumah dia belaka,”jelasnya.

Dr. Alias berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah Penutup HARAP 3.3, pada Sabtu, 27 Februari.

Justeru itu, beliau mengajak seluruh rakyat mengubah lanskap politik dan pembangunan dalam negeri Terengganu, kerana kerajaan ang memerintah masakini hanya menjual ‘janji jutaan ringgit’ sahaja.

“sebab itu kita daripada PAS khususnya, menjanjikan suatu harapan baharu untuk rakyat, kalau tuan puan bekerja bersungguh-sungguh dan memberi mandat kepada PAS’

“in sha Allah bersama rakyat untuk memerintah negeri Terengganu (dengan) tidak lagi bergantung kepada hasil royalti minyak,”katanya lagi.