PAS Terengganu Rakam Ucapan Takziah

638

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja,  yang mangkat di sebuah hospital di ibu negara, kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Almarhumah adalah bekas Raja Permaisuri Agong keempat dari tahun 1965 hingga tahun 1970 dan bekas Tengku Ampuan Sultanah negeri Terengganu dari tahun 1945 hingga tahun 1979.

Sembah takziah khusus kami zahirkan kepada ke bawah DYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah kehilangan nenda tercinta.

Seluruh ahli-ahli dan penyokong PAS negeri Terengganu berkongsi kedukaan dengan kaum kerabat dan keluarga Almarhumah.

YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu/
Ahli Dewan Undangan Negeri Paka
3 Rabi’akhir 1436H/ 24 Januari, 2015