DPPNT mengikuti secara teliti dan dekat pergolakan yang berlaku dalam kerajaan Terengganu mutakhir ini. Kami merakamkan kekecewaan anak muda Terengganu atas kelemahan YAB Menteri Besar dan Umno Terengganu dalam menyelesaikan krisis yang tidak berkesudahan ini. DPPNT akan meneliti segala pilihan-pilihan yang sesuai bagi memastikan kemelut dan krisis ciptaan Umno tidak akan berterusan mengganggu kestabilan negeri.
2. DPPNT menyokong sepenuhnya kenyataan YB Ustaz Saiful Bahri Mamat, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang bersedia untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan Terengganu sekiranya berlaku perubahan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu ekoran kemelut dalaman Umno yang tidak berkesudahan. Kita mengalu-alukan YB Dato’ Seri Ahmad Said perlu untuk menunjukkan sikap sebenar atas semua insiden ini dan tidak berubah-ubah dalam menentukan sikap. Kemelut ini perlu diselesaikan mengikut lunas perlembagaan negeri dan juga tanpa membelakangkan institusi istana.


4. Kerajaan Terengganu perlu lebih serius dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Terengganu seperti bebanan kos bayaran tol LPT2, pemerkasaan kebajikan rakyat, kesungguhan menjayakan TMT 2017 yang dilihat seperti sunyi tanpa persediaan dan pelbagai lagi isu berbangkit tentang kepentingan rakyat.
5. DPPNT telah bersiap sedia menyusun atur jentera petugas pemuda di seluruh negeri untuk memainkan peranan sebaiknya dalam memastikan sokongan anak muda terhadap perjuangan PAS, InsyaAllah.
6. Persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan pada 8 Ogos 2016 akan diiikuti secara cermat oleh pihak kepimpinan DPPNT untuk menyusun pengarahan kepada semua petugas pemuda bagi mengatur langkah yang lebih berpadu dalam memperkukuhkan keupayaan PAS Terengganu untuk mengambil alih kerajaan negeri Terengganu melalui semangat demokrasi berparlimen yang diguna pakai dalam negara ini.
Sekian, terima kasih.
“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”
Yang benar,
USTAZ KAMARUZAMAN BIN ABDULLAH
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT)
https://youtu.be/jqCh4RQ9Ftk


























