Israel sekali lagi telah membuktikan kedajalannya di dunia ini apabila untuk sekian Kalinya menyerang bumi Gaza, Palestin, di saat ummat Islam sedang berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Tarikh 9 julai 2014 bersamaan 11 Ramadhan Israel mula menyerang Gaza.
Sehingga kini ratusan manusia yang tidak berdosa, termasuk kanak kanak, wanita dan orang tua telah menjadi mangsa. Ribuan penduduk Gaza telah meninggalkan rumah mereka. Israel terus membedil penduduk Palestin tanpa belas ihsan. Lebih dari 1000 serangan roket telah dilakukan ke lebih dari 800 lokasi di Gaza yang hanya berkeluasan 365 km persegi dengan kepadatan penduduk 1.7 juta.
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu menyeru semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa agar menyumbang kepada TABUNG KEMANUSIAAN GAZA yang telah di lancarkan pada hari ini. PAS TERENGGANU juga menyeru setiap buah masjid dan surau agar membuat kutipan sepanjang bulan ramadhan ini dari kalangan para jamaah.
Segala kutipan itu boleh lah di salurkan melalui TABUNG KEMANUSIAAN GAZA, No Akaun Bank Islam :
13-017-02-849243-0 atau hubungi Us Wan Sukairi Wan Abdullah di talian 019-989 4125 untuk maklumat lanjut.
Segala sumbangan anda akan kami salurkan terus ke tangan rakyat palestin.
Sekian, wassalam.
Hj Muhyidin Abd Rasyid,
Pengerusi Tabung Kemanusiaan Gaza,
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
17 julai 2014/ 19 ramadhan 1435.