Terengganu, Malaysia

PAS Terajui Islam Memimpin Perpaduan

PAS Terajui Islam Memimpin Perpaduan

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUANTAN – Tema ucapan dasar Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ‘Islam Memimpin Perpaduan’ yang diterajui Parti Islam Se-Malaysia(PAS)
telah terserlah ketika perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 65.

Pengerusi Lajnah Kebajikan, PAS Kawasan Dungun, Alias Harun berkata ianya sudahpun menampakkan suatu perubahan tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik mereka berkumpul hari ini.

“Dengan kehadiran tetamu-tetamu, pemimpin-pemimpin daripada parti-parti lain yang menampakkan memberi harapan kepada parti Islam untuk menerajui perpaduan”, katanya.

PAS Terajui Islam Memimpin PerpaduanPerwakilan Dungun itu, ditemui sejurus selepas ucapan dasar Presiden di Muktamar tersebut yang berlangsung di Stadium SUKPA, di sini pagi tadi.

Tambahnya, pemimpin dalam dan luar negara memberi sokongan baik kepada perpaduan yang telah diusahakan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS)

“Dan kita mengharapkan Pilihan Raya Umum Ke-15 akan memberi suatu suntikan daripada penglibatan masyarakat untuk Islam memimpin,” jelasnya lagi mengakhiri perbualan.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan