PAS Simpati

756

PAS menzahirkan simpati kepada Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan seluruh keluarga beliau atas hukuman penjara lima tahun yang dikenakan kepada beliau. Pihak kami memahami bebanan berat dan perasaan yang ditanggung oleh keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

2.     Tindakan pihak keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membuat permohonan pengampunan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu bukanlah suatu perkara yang salah kerana hak itu dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia juga tidak bermakna mereka telah mengaku kalah dan bersalah tetapi ia adalah salah satu langkah yang diambil dalam perjuangan panjang menegakkan keadilan di Malaysia. Ia bolehlah diibaratkan seperti “take one step backward in order to jump to two steps forward.”

3.     PAS berharap semoga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan yang akan bersidang kelak akan mempertimbangkan permohonan tersebut dengan bebas, berani dan seadilnya.

Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS