KEMAMAN – PAS sentiasa membantu masyarakat semasa menjadi kerajaan negeri Terengganu dahulu sehingga kini, tidak berhenti dalam memberikan khidmat dan sumbangan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat, ketika PAS diberi mandat menjadi kerajaan pada tahun 1999 hingga 2004 dahulu, banyak pembaharuan yang dilakukan.


“zaman PAS memerintah, elaun orang miskin daripada RM40 naik kepada RM250……….itu semua PAS yang buat (dan) kalau PAS memerintah lagi, inshaa Allah lebih daripada ini lagi kita akan buat,
“Kita akan sentiasa tolong(rakyat) ‘orang kelaut’ (nelayan) yang paling akhir kita tolong (baru-baru ini) kita memperbesarkan sungai ini…………….kita minta dengan JKR, hampir RM400,000,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Pemimpin Bersama Masyarakat di bandar Chukai dekat sini, Khamis 21 Januari.
Tegasnya, PAS sentiasa menjaga kebajikan rakyat kerana menurut beliau, PAS adalah parti dari rakyat dan apabila diberi kuasa memerintah, ia akan mengembalikan kebaikan kepada rakyat.


Antaranya, kata beliau, cukai pintu rumah kediaman tidak dikutip semasa PAS memerintah, sebaliknya ia dikenakan semula keatas rakyat apabila Umno kembali memerintah.
Katanta, ‘wang ehsan’ yang diwujudkan oleh kerajaan pusat dan diberikan kepada rakyat Terengganu juga disebabkan PAS memerintah.
“Sebab itu zaman PAS memerintah, adanya duit ehsan. Kalau PAS tidak memerintah dulu, jangan harap aka nada duit ehsan,
“zaman PAS memerintah, cukai pintu tidak dikenakan. Tapi bila habis je pemerintahan PAS, cukai pintu dikenakan lagi. Baiknya kerajaan Umno-BN,”katanya sinis.


Bersempena lawatan pemimpin PAS negeri itu, seramai 150 warga Kampung Tuan, Kampung Besutdan Kampung Tengah, terdiri daripada golongan miskin dan kurang berkemampuan telah menerima sumbangan barangan keperluan dapur.
Manakala program yang dianjurkan oleh PAS Chukai itu turut memberikan minyak pelincir dan penggantiannya secara percuma kepada lebih 100 buah motosikal.
https://youtu.be/EYnDQkVRDA8





























