PAS Sedia ‘Rehatkan’ Umno

904

Oleh : Zainun Muhamad

KUALA NERUS – PAS Terengganu telah bersedia memberi ‘rehat’ yang panjang kepada pemimpin Umno khususnya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan raya Umum (PRU) 14 nanti.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, YB Dr. Alias Razak berkata, beberapa langkah telah dirancang bagi persediaan mengambil alih pentadbiran Wisma Darul Iman selepas pilihan raya ke 14.

“Andainya kita diberi mandat memerintah oleh rakyat, kita telah bersedia dengan segala perancangan untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan BN disepanjang pemerintahannya,

“Terengganu telah memuat naik perancangan dalam manifestonya bagi menghadapi PRU 14 nanti. Sebenarnya banyak lagi perancangan yang kita ada, bukan hanya sekadar seperti mana yang tersenarai dalam manifesto,

“Itu hanyalah sebagai iklan iaitu perkara yang lebih penting kita dahulukan dan segala perancangan yang lain kita akan laksanakan sepanjang kita mentadbir nanti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Jelajah Saidatina Aisyah (Perjelas) 3.0 di Kompleks Tarbiyah At Taqwa (Komtaq), 12 Ogos, disini.

Menurutnya, pengumuman yang dibuat itu hanya menyebut sebahagian sahaja dari manifesto PAS, antaranya penyelesaian kepada masaalah pengangguran golongan muda.

Katanya, seramai 18,000 lepasan pusat pengajian tinggi dan pusat kemahiran yang menganggur, mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sumber Manusia .

Oleh itu, rancangaan PAS ialah untuk menyediakan dua puluh ribu peluang perkerjaan dalam tempoh empat tahun.

Justeru, beliau amat yakin semua perancangan ini dapat dilaksanakan dalam setuasi negeri Terengganu yang kaya dengan bahan mentah juga bahan galian.

Dalam pada itu, beliau kesal kerana Kerajaan BN sekarang menutup peluang pekerjaan rakyat tempatan dengan menswastakan projek pembangunan kepada pekerja dari negeri China.

“seperti Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) sudah tentu (sudah ada) kebanyakannya perkerja di datang khas dari China,” jelas beliau.

Oleh yang demikian, beliau menyeru semua pihak terutamanya anggota Muslimat PAS agar menggerakkan usaha memberi pejelasan tentang manifesto PAS kepada seluruh rakyat negeri Terengganu.