PAS Santuni Warga India

1264

KUALA TERENGGANU – Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Kuala Terengganu menyantuni warga emas kaum India yang miskin ketika sambutan hari Deepavalinya.

Ketuanya, Puan Zulaidah Idris berkata meski pun kaum India sangat minoriti yang terdapat di negeri ini tetapi tidak dipinggirkan.

Katanya, sempena Deepavali pihak Lajnah Perpaduan Nasional telah mengenal pasti beberapa orang warga emas dan ibu tunggal India yang dhaif.

Menurutnya, PAS sebuah parti yang ‘berkebajikan’ tetapi peduli terhadap semua kaum Melayu, Cina dan India.
“Sebab itu, hari ini sempena mereka (kaum India) menyambut Deepavali yang menjadi hak mereka. Kami (Muslimat PAS) telah mengenal pasti mereka itu yang miskin, dhaif dan ibu tunggal yang perlu dibantu.

“Mereka ini tidak ramai, minoriti sahaja tetapi kita (PAS) tetap cakna dan prihatin dengan semua rakyat yang berbilang kaum,” ujarnya.

kam3706(c)-muslimat3Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ziarah bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, di Flat Bukit Kechil, Kuala Terengganu pada 29 Oktober lalu.

Hadir bersama rombongan itu, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran GK yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat.

Sehubungan itu, seorang warga emas Puan Govindamal, 66, merakamkan ucapan terima kasih kepada DHPP dan Muslimat PAS.

Menurut beliau yang juga seorang ibu tunggal tinggal menyewa di flat berkenaan bersama empat orang cucu sejak 30 tahun lalu.

“Terima kasih semua kepada DHPP dan PAS (Muslimat) kerana sudi datang beri kami hadiah (hamper) ini.

“Saya (orang) susah, sewa rumah ini sebulan RM250.00 tetapi bantuan (Jabatan Kebajikan Masyarakat) hanya dapat RM200.00 sebulan dan tidak cukup untuk sara hidup,” ujarnya.

Manakala, Dr B.Chandran berkata pihak DHPP Terengganu akan berusaha menyediakan sumbangan tetap bulanan kepada Puan Govindamal.

Katanya, meski pun kaum India tidak ramai di negeri ini tetapi kebajikan golongan tertentu perlu diberi perhatian.

“Kita (India) juga diajar oleh agama (Hindu) untuk buat baik sesama manusia dan tolong-menolong demi perpaduan kaum dalam masyarakat.

“Terima kasih juga kepada pihak LPN Muslimat PAS Kuala Terengganu yang prihatin dan cakna kepada kaum India ini,” ujarnya.

Turut sama menziarahi kaum India dalam program tersebut ialah Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ustaz Ahmad Shah.