PAS Sambut Baik Pembatalan Ambil Alih PT Eagle Oleh FGV

690

FGV akhirnya akur dengan desakan perbagai pihak supaya tidak meneruskan rancanganya untuk memiliki 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantations (EHP), anak syarikat Kumpulan Rajawali Group.

Sebelum ini FGV bersungguh untuk membuat pengambilalihan ini dan dianggarkan urusniaga ini bernilai AS680 juta secara tunai dan pertukaran saham. Banyak pihak melahirkan kebimbangan apabila FGV terpaksa membeli saham PTH ini dengan nilai harga lebih tinggi dari pasaran.

Berbagai alasan sebelum ini diberikan FGV, namun ianya ditolak pengkritik kerana dilihat urusniaga ini tidak menguntungkan FGV, malah meletakan FGV dalam keadaan bakal menanggung kerugian berikutan pasaran semasa Sawit dan juga faktor muka bumi 425,000 hektar tanah PTH di kalimantan dan beberapa kepulauan lagi.

PAS yang lantang membantah cadangan ini dari awal sejurus mendapat tahu cadangan pemgambilalihan ini, terus membawa isu ini agar dibantah oleh warga Felda. Felda terpaksa membawa rombongan wakil-wakil ketua peneroka Felda dari seluruh negara melawat ladang PTH ini untuk menyakinkan warga Felda, urusniaga ini bakal memberi manfaat besar kepada Peneroka Felda.

Apabila pengumuman pembatalan ini dibuat oleh Presiden dan ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan, Datuk Mohd Emir Mawani Abdullah, pada akhir tahun lalu, Unit Hal Ehwal Felda Pas menyambut baik keputusan ini dan mengharapkan Felda dan FGV mengkaji sedalamnya apa jua urusan pembelian aset dan saham dalam dan luar negara bagi melindungi Felda dan FGV dari transaksi berisiko tinggi serta kerugian besar.

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda Pusat
29 Januari 2016