PAS Sambut Baik Cadangan Polis Kemaman

1568

DUNGUN – Pasukan Kembara PAS Kemaman (PAS Kemaman Adventure Team – PAKAT) menyambut baik cadangan pihak Ibu Pajabat Polis Daerah Kemaman untuk menjadikan Kembara Santai bersama Ketua Polis Daerah (KPD) sebagai acara tahunan.

DSC_0030Presiden PAKAT Haji Johan Ismail berkata, program yang julung kali diadakan diadakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu amat baik bagi meningkatkan ukhuwah dikalangan pemilik kenderaan pacuan empat roda (4WD).

“Sepanjang 20 tahun saya tinggal di Kemaman dan menyertai aktiviti lasak ini sejak tahun 2000, inilah kali pertama polis menganjurkannya,

“Saya cadang supaya ia dijadikan sebagai aktiviti tahunan yang dapat meningkatkan ukhuwan Islamiyah,”ujarnya.

DSC_0203Beliau berkata demikian kita menyampaikan ucapan pada majlis perkenalan perkemahan Kembara Santai Bersama KPD Kemaman di Sungai Kelmin Jumaat 14 Oktober.

Perjalanan dan keseluruhan Kembara yang bermula pada Jumaat dan berakhir pada Sabtu petang turut disertai KPD Kemaman Mohd Said Ibrahim dan Pengerusi Kelab-kelab Kembara serta lebih 200 perserta ekspedisi itu.

Bendahari PAS Kawasan Kemaman itu berkata, PAS mengalu-alukan program tersebut yang disifatkan sebagai bertepatan dengan prinsip poltik matang dan sejahtera yang dianjurkan parti itu.