PAS Rusila Rai 140 Keluarga

1318

Oleh : AFG Al Medaniey

Marang – Sebanyak RM17,000 diperuntutkan PAS Cawangan Rusila bagi meraikan 140 keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana serta meraikan pelajar sekitar kampung yang cemerlang dalam pelajaran.

Al-Fadhil Ustaz Hisyam Awang selaku Timbalan Ketua PAS Cawangan telah merasmikan program tersebut seterusnya mengucapkan ribuan terima kasih.

IMG-20160618-WA0019Beliau berkata, “justeru itu dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti tahunan ini dan ucapan tahniah ke pelajar-pelajar yang cemerlang”.

Menurut beliau lagi, di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini marilah kita semua berlumba-lumba mengerjakan kebaikan.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian program itu.

Majlis yang turut dihadiri Y.Bhg To’ Puan Seri Hajjah Zainab Bt Awang Ngah, isteri kepada Presiden PAS yang merangkap Ahli Dewan Undangan Rhu Rendang berlangsung hampir dua jam.

Mereka yang kurang bernasib baik ini diraikan di Majlis Tautan Kasih yang telah diadakan di Dewan Tok Guru, Perkarangan Masjid Rusila,Petang Jumaat.