PAS Rakam Takziah Gesa Pihak Berkuasa Larang Keras Mandi Manda Di Belukar Bukit

1980

HULU TERENGGANU – PAS merakamkan ucapan takziah keatas tragedi yang melanda lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan, mati lemas ketika mandi manda di Air Terjun Belukar Bukit di sini tengah hari tadi.

IMG-20151219-WA0052Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, apabila tiba masanya ajal ditentukan oleh Allah, tiada yang dapat menahannya walaupun sesaat dan beliau berharap ahli keluar terbabit pasrah menerima takdir Allah.

“panggilan Ilahi tiada tangguhan barang sesaat (harap keluarga) pasrah menerima takdir Allah, (kami) merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga dan waris para Arwah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas hadir ke lokasi kejadian pada kira-kira jam 12.30 tengahari hari Sabtu, 19 Disember.

Menurutnya, ketika beliau meninggalkan tempat kejadian, tiga mayat mangsa telah dijumpai, manakala para penduduk tempatan dan pihak berkuasa masih mencari dua lagi mangsa.

IMG-20151219-WA0051Ustaz Kamaruzaman yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Hulu Terengganu mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penduduk tempatan yang berusaha untuk menyelamatkan mangsa.

“terima kasih dan tahniah kepada penduduk tempatan yang mengambil langkah beranu dan pantas berikhtiar untuk menyelamatkan mangsa terbabit,

“tapi kehendak Allah melebihi ikhtiar manusia,”jelasnya

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri dan pihak berkuasa mewartakan tempat kejadian sebagai tempat larangan keras untuk sebarang aktiviti mandi manda.

“saya berharap pihak berkuasa mewartakan tempat kejadian……….air terjun Belukar Bukit ini sebagai tempat larangan keras untuk aktiviti mandi manda,”tambah beliau.

Menurutnya, ia bukanlah kali pertama kejadian orang ramai yang lemas di kawasan itu.

IMG-20151219-WA0084Kesemua mangsa yang berasal dari Selangor itu dikenal pasti sebagai Abdul Halim Samian, 44, Nurul Adila@Salawati Awang, 39, Nurul Arifah Abdul Halim, 16, Nurul Aina Abdul Halim, 11, dan Nurul Izah Abdul Halim, 10.

Pegawai Bomba Kanan II Zuraidi Mohd Yusof berkata seorang lagi mangsa, Mohd Hasif Abdul Halim, 9, bagaimanapun selamat.

Beliau berkata bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.35 pagi dan 11 anggota telah dikerah ke tempat kejadian.

“Mayat seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak perempuan dijumpai pada pukul 12.17 tengah hari, pada pukul 12.33 tengah hari mayat seorang perempuan dewasa pula ditemukan.

“Mayat terakhir dijumpai pada pukul 12.37 tengah hari tidak jauh dari lokasi semua mangsa dilaporkan hilang. Kesemua mayat ditemukan anggota dengan bantuan orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

IMG-20151219-WA0077Beliau berkata kesemua mayat berasal dari Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor itu dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh waris terdekat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr Alias Razak berkata, solat jenazah semua mangsa terbabit kemalangan itu diadakan pada jam 10 malam di masjid Kampung Pengkalan Arang.

Menurutnya, kesemua mangsa akan dikebumikan di Kampung Serdang Bukit Tunggal, kampung kepada allahyarham Nurul Adila@Salawati Awang, isteri kepada Abdul Halim Samian.

“Inna lillahiwainna ilaihi rojiuun…….suami orang Johor, isteri asal Kampung Serdang Bukit Tunggal, mereka balik bercuti ke rumah ibu isteri,

“sekarang sedang menunggu keluarga suami sampai dari Johor sampai (dan) solat jenazah jam 10 malam di masjid Kampung Pengkalan Arang……in shaa Allah,”ujarnya.