إنا لله وإنا إليه راجعون
PAS Terengganu merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada semua keluarga serta saudara mara atas tragedi pilu yang menimpa Allahyarham Abdul Halim bin Samian dan Allahyarhamah Nurul Adila @ Salwati binti Awang serta tiga orang anak mereka.


Simpati kami yang tidak terhingga kepada anak yatim piatu Mohd Hasif bin Abdul Halim yang kehilangan ibu, ayah serta adik beradik dalam tragedi di Belukar Bukit pada pagi 19 Disember 2015.


Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun CIMB 13010000056101 atas nama DANA KEBAJIKAN TERENGGANU.
Semoga segala sumbangan yang dihulurkan akan diganjari Allah sebaiknya.
Sebarang maklumbalas berkaitan sila hubungi Ketua Lujnah Kebajikan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, 0199421964.
YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
20 Disember 2015


























