PAS Pulau Pinang sasar lima kerusi DUN

826

KUALA TERENGGANU – Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pulau Pinang mahu memenangi lima kerusi dewan undangan negeri dan dua kerusi parlimen di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Pesuruhjayanya, Dato’ Haji Salleh Man berkata demikian ketika ditemui Buletinonline pada Majlis Perasmian dan Perayaan Sambutan 60 tahun di Dewan Milemnium Kepala Batas, 1 Oktober.

“InsyaAllah, kalau betul-betul (bekerja bersungguh-sungguh) kita boleh menang  5 kerusi DUN dan dua kerusi parlimen,

“dengan momentum sambutan 60 tahun ini, saya yakin,”ujarnya.

Sehubungan itu, menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, perbincangan tentang pembahagian kerusi dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat masih diteruskan.

“belum selesai, masih dalam perbincangan, kita (PAS) minta tambah (kerusi), InsyaAllah akan selesai sebelum piihanraya,”tegasnya apabila ditanya adakah pembahagian kerusi Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah selesai

Dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, berkata PAS akan berusaha memperbaiki pencapaiannya dalam keputusan pilihan raya umum negara itu yang lalu.

Menurutnya, sebagai dilaporkan agensi Bernama, PAS Pulau Pinang meletakkan sasaran menang empat kerusi DUN yang kalah dengan majoriti tipis dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 pada Mac 2008.

‘Kami akan berusaha merampas balik lima kerusi dewan undangan negeri yang pernah kami bertanding dan dua kerusi parlimen Tasek Gelugor dan Kepala Batas,’ kata beliau.