Oleh : Ahmad Amzad Hashim
Pengulas politik yang menyatakan PAS semakin lemah barangkali mengalami keracunan oleh akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Malaysiakini atau The MaIaysian Insider.


Cuba ‘check’ berapakah bilangan keahlian baru diterima Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yg diasaskan Gangga Nayar itu? Pergi tengok dan nilaikan sendiri.
Jangan ‘hentam keromo’ dan pergi tengok sendiri berapa permohonan keahlian baru di Pejabat Agong PAS yang kini melebihi 9,000 setiap bulan.
Pergi sendiri ke program himpunan PIHAK anjuran PAS di setiap negeri. Bandingkan dengan anjuran GHB.
Tengok dan cuba faham mesej dari kajian UMCEDEL berkaitan pemimpin tertinggi parti politik utama yg paling diterima rakyat pada Januari 2015 (itu sebelum meletup isu derma RM2.6B, 1MDB, MARA , Tabung Haji).
Atau kajian sikap terhadap BERSIH 4 oleh Merdeka Centre sebelum ia berlangsung. Apa yg jadi kenyataan pada hari berkenaan dengan 90% didominasi kaum Cina?


Kita sangat mengalu alukan sebarang kajian bebas yang lebih konklusif oleh mana mana pihak termasuk para pengkaji sains politik.
Kelihatannya bagi kelompok terbesar rakyat iaitulah orang orang Islam yang lebih 90 % berbangsa Melayu, fokus sebenar adalah antara UMNO dengan PAS sahaja.
PASMA atau G 18 atau Gerakan Harapan Baru atau Harapan Baru atau Parti Islam Frogressif atau KITA atau Parti Amanah Negara atau Parti Pekerja Pekerja Malaysia, kelihatannya tidak lebih dari pemecah undi yang mempunyai kepentingan lain.
Yang menerima manfaat dari kehadiran mereka adalah DAP dan UMNO.


UMNO terus mendapat manfaat dengan undi PAS yang berpecah.
Skripnya begini. Kononnya wujudkan gelombang sokongan kepada kumpulan kecewa ini di seluruh negara. Apa bila nampak masak ranum, mereka kononnya akan tawarkan untuk berunding dengan PAS. Beri kerusi kerusi tertentu kepada mereka sebagai syarat mereka tak kacau daun letak calon di kerusi-kerusi PAS yang lain. Sebenarnya kepentingan peribadi. Yang terpinga-pinga ialah penyokong penyokong yang bakal terabai nanti.
Ini sebijik taktik kacau daun di pilihanraya kampus universiti berpuluh tahun dulu.
Moga PAS lebih berhati hati.
***HJ AHMAD AMZAD HASHIM Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
6hb September 2015






























