MARANG – Umno dan Barisan Nasional gagal membawa negara ke tahap yang lebih baik, bahkan menjadikan rakyat Malaysia semakin mundur kebelakang, walaupun sudah merdeka sejak 58 tahun yang lalu.
Yang DiPertua PAS Marang, Haji Yahaya Ali mempersoalkan, adakah kepimpinan negara, khususnya Umno, membawa umat Islam negara ini bertanggungjawab sebagai ‘khalifah Allah’ dimuka bumi atau pun semakin jauh dari tugas dan tanggungjawab utama itu?


“kepimpinan negara Umno khususnya…..adakah merea membawa kita melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah (dimuka bumi ini) atau kita semakin jauh dari perhambaan kepaan Allah,
“dalam konteks sebagai sebuah negara merdeka, negara kita (sepatutnya) menjadi lebih maju, berbanding dengan negara lain, tetapi ‘track record’ negara kita sangat buruk sekarang ini,”jelasnya.
Katanya, dari segi ekonomi, negara Malaysia sudah tidak ‘kompetitif’ dan telah hilang daya saing apabila kita sudah tidak ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara Asean sendiri.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Wacana Merdeka yang diannjurkan oleh Pemuda dan Ameerah PAS Kawasan Marang di Dewan Tok Guru, Rusila pada Sabtu 5 September.


“Korea dan Singapura sudah jauh kehadapan (mendahului kita) apatah lagi dengan nila matang (kita) yang jatuh merudum sekarang ini,”tegasnya.
Sehungan itu, pada sesi kedua, wacana kemerdekaan dan soal jawab telah menampilkan tiga orang tokoh sebagai ahli penal, iaitu Ketua Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Ketua Dewan Muslimat PAS Marang, Puan Hajjah Zarani Othman.
Wacana Merdeka yang diadakan adalah untuk mengambil semangat Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-58 itu yang diraikan setiap 31 Ogos bagi memberi pengisian erti kemerdekaan yang sebenar yang berlandaskan syariat.
Ketua Lajnah Penerangan Pemuda PAS Marang, Mohd Aiman Fadhil menyifatkan program wacana yang julung kali diadakan itu adalah sangat berjaya menghuraikan maksud kemerdekaan sebenar yang anak muda perlu kecapi.


“Pemuda mengharapkan dengan adanya program sebegini dapat menjelaskan isu semasa yang bersangkutan dengan isu ank muda. Peluang bersama pimpinan dapat mewujudkan kefahaman dan mengukuhkan asas aqidah perjuangan dalam menghadapi mehnah dan tribulasi perjuangan, ” ujarnya ceria.
Seramai 400 orang yang hadir pada program tersebut turut bersama-sama menyahut Kempen 3B, ‘Beli, Baca dan Beri’ Harakah, di mana gimiknya pimpinan dan para peserta bergambar memegang akhbar rasmi PAS itu.
https://youtu.be/-y7nfJVWMcA




























