Oleh : Khairul Nizam Abdullah
KUALA NERUS – Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu Dr Alias Razak kesal dengan keadaan Taman Rekreasi Seberang Takir, yang terbiar dan kotor serta tidak terurus.


.
Katanya, ia cukup menyakitkan mata kepada sesiapa sahaja yang melalui kawasan tersebut, dengan banyak kemudahan asas yang disediakan rosak tanpa penyelenggaraan pihak berwajib .
“saya begitu terkejut apabila melihat keadaan Taman Rekreasi ini dalam keadaan yang begitu teruk…….tidak terurus,
“saya bimbang dengan keadaan yg penuh semak samun akan menjadi tempat pembiakan gejala sosial seperti sarang penagihan dadah dan sebagainya,”ujarnya.


Turut serta dalam lawatan ke ‘Taman Biawak’ itu ialah, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang.
Menurut beliau, tidak sewajarnya Taman Rekreasi tersebut menjadi begitu kerana, ia terletak di kawasan tumpuan kira-kira 200 meter dari Pejabat Pos Seberang Takir dan satu kilometer dari rumah Menteri Besar Haji Ahmad Razif Abdul Rahman


“yang jika diuruskan dengan baik dan ‘efisian’ akan dapat menjadi produk pelancongan untuk Seberang Takir khususnya,
“saya berharap kerajaan sekarang dibawah kepimpinan YAB Haji Ahmad Razif dapat mengambil satu inisiatif yang berkesan dalam menjaga aset-aset pelancongan negeri,”tegas beliau.





























