PAS Kemaman Turun, Merasai Denyut Nadi Masyarakat

1680

Oleh : Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN – PAS Kawasan Kemaman berkampung selama dua hari dua malam di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik dan DUN Kijal sempena program Pemimpin PAS Kawasan Kemaman bersama Masyarakat DUN di kedua-dua DUN tersebut.

Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, lawatan muhibbah ini dirancang untuk mempereratkan lagi hubungan antara kepimipinan PAS Kawasan Kemaman dengan masyarakat di DUN tersebut.

Kemaman khidmat masyarakat1“Pelbagai aktiviti dan gerak kerja melibatkan seluruh jentera PAS samada peringkat PAS Kawasan Kemaman maupun PAS DUN serta PAS Cawangan terbabit dalam program dua hari itu, bermula seawal pagi hingga tengah malam,”ujarnya.

Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Nik Nasri Nik Malik, Naibnya Haji Zulkifli Mat Yakin, Setiausaha, Mohd Hafiz Adam, Bendahari, Haji Johan Ismail, Ketua Pemuda Ustaz Ramlan Mahmood, Ketua Urusan Ulama, Ustaz Ali Mohd, Ketua Penerangan, Ustaz Hazri Jusoh, ADUN Chukai, YB Hanafiah Mat dan lain-lain ahli jawatankuasa PAS Kemaman.

DUN Kemasik, program kemasyarakatan dianjurkan mendampingi masyarakat setempat khususnya ziarah keluarga kurang berkemampuan, telah diadakan di semua kampung dalam Mukim Kemasik iaitu Kampung Baru, Kampung Sarang Lang, Kampung Lubuk Kawah, Rumah Murah, Kampung Gong Cengal dan Kampung Tanah Lot.

Seawal jam 9.00 pagi diadakan gotong royong membina pembentung (culvert) baru di Surau Hujau, Kampung Baru Kemasik.

(Gambar paling atas – Ustaz Alias Abdul Hamid (kiri) bersama Pengarah PAS DUN Kemasik, Amri Mamat turun padang dan mengangkat bahan sebuah tong ikan di Surau Hijau, Kampung Baru Kemasik)

Kemaman khidmat masyarakatRawatan Islam Darus Syiffa seramai 5 orang perawat berjaya menarik hampir 300 penduduk manakala pemeriksaan perubatan percuma oleh Medic Amal juga menarik minat penduduk setempat untuk membuat pemeriksaan.

Ameerah DUN Kemasik menganjurkan ‘indoor games’ yang berjaya menarik hati pengunjung untuk mencuba pelbagai permainan tradisional.

Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili pula berkata, Pemuda DUN menganjurkan street soccer 3 sebelah dan sebanyak 12 pasukan telah menyertainya.

“Di DUN Kijal pula, dianjurkan pertandingan bolasepak persahabatan antara pasukan PAS Kawasan Kemaman dan PAS DUN Kijal melibatkan empat pasukan yang diadakan di Bandar Seri Bandi pada sebelah petang semalam,”tambah Saiful.

Pimpinan PAS DUN Kemasik juga mengiringi pimpinan PAS Kawasan Kemaman menziarahi penduduk dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Gotong royong membersih dua buah surau di Bandar Seri Bandi mendapat sambutan dari penduduk. YB ADUN Chukai, Haji Hanafiah turut menyerahkan sumbangan kewangan bagi menaiktaraf kemudahan di Surau Takzim, Bandar Seri Bandi.

Kemaman khidmat masyarakat2Pengarah PAS DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata, program ziarah berkebajikan ke rumah menjadi alemen penting untuk pemimpin PAS merasai denyut nadi kehidupan rakyat.

“rakyat dilihat semakin tersepit dengan kenaikan kos sara hidup seharian akibat dari cukai GST 6% dan kejatuhan nilai matawang Malaysia berbanding Dollar Amerika dan Dolar Singapura,”komen Hazri ringkas.

Sessi malam pula dipenuhi dengan majlis ilmu Kuliah Maghrib oleh pimpinan PAS Kawasan Kemaman, majlis meraikan petugas dan masyarakat seperti barbeque dan Ceramah Kelompok di beberapa kampung.

Ustaz Alias selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman mengucapkan berbasnyak terima kasih kepada pelbagai pihak yang menjayakan program murni ini dan berharap ianya diteruskan oleh PAS DUN pula di peringkat PAS Cawangan.