Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) merakamkan rasa sedih dan dukacita yang mendalam diatas pemergian Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Al-Marhumah Puan Safinah Jusoh, yang telah kembali ke rahmatullahpada jam 10.35 pagi ini, Jumaat 30 Zulkaedah 1437, bersamaan 2 September, 2016.
Dengan pemergian beliau yang pernah dilantik menjadi Senator daripada 23 Disember 1999 hingga 22 Disember 2002, BPPNT kehilangan seorang tokoh muslimat yang sangat gigih di dalam perjuangan parti.
Sumbangan dan jasa beliau begitu besar, bukan hanya kepada PAS bahkan kepada kepada seluruh rakyat negeri Terengganu dan Malaysia amnya, selaku Ahli Dewan Negara yang sangat aktif, memberikan pandangan dan mengambil bahagian dalam setiap perbahasan.


Saya dan seluruh saf kepimpinan BPPNT serta ahli dan penyokong PAS negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga almarhumah.
Semoga Allah S.W.T mengampunkan semua dosa Almarhumah dan memberi pahala yang setingginya kepada Almarhumah atas segala kerja jihad dan khidmat yang telah beliau berikan dalam Dewan Muslimat dan sepanjang memegang jawatan sebagai Ketuanya.
Semoga keluarga almarhumah tabah dan sabar di dalam menghadapi musibah ini.
YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
Jumaat 30 Zulkaedah 1437, bersamaan 2 September, 2016.



























