PAS Istiqamah Tentang Dasar Tindas Rakyat

1070

Oleh : Nooreni Abu Bakar

Kemaman – PAS sentiasa tegas dan istiqamah memperjuangkan hak rakyat dan menentang sebarang dasar yang menindas dan menzalimi, tanpa mengira batasan kaum dan agama.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman Ustaz Hazri Jusoh berkata PAS bertegas membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana ia satu pemuafakatan korperat yang tidak adil

“PAS mengambil pendirian tegas untuk terus bersama rakyat membantah dan berusaha sedaya mungkin untuk menghalang ikatan perjanjian yang dinamakan TPPA ini,

IMG_20160203_105449“demi masa depan agama, bangsa dan negara daripada terus diikat dengan berbagai akta yang menekan dan menindas rakyat.” jelasnya.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kijal itu berkata demikian ketika majlis perasmian Mini Karnival Produk Muslim pada Sabtu 30 Januari di sini.

Karnival makanan halal dan bersih bertemakan ‘Istiqamah Ke arah Jihad Ekonomi ‘ diadakan di perkarangan Dewan Raudhatul Quran, Pengkalan Cicar, Bukit Kuang.

“Dengan TPPA, sebenarnya barat yang dikepalai oleh Amerika akan menjajah negara kita menerusi bidang ekonomi yang mengakibatkan kehidupan ummah akan dijerut,

“masa depan negara akan tergadai dan kehidupan rakyat akan tertindas,”tegas beliau pada karnival yang julung kali dianjurkan Lajnah Ekonomi MTD Kijal.

Pelbagai produk barangan muslim dijual sepanjang program seperti Sophie, Herba M Rich dan barangan lain yang berasaskan pemakanan sunnah, madu, minyak zaitun.

IMG_20160203_105546Tinjauan mendapatu, gerai yang menjadi tumpuan, Halwa Corner, dengan menyediakan nasi kukus bajet, nasi arab, jus delima dan air kelapa muda.

Majlis yang diserikan dengan kuliah dhuha yang disampaikan oleh anggota Urusan Ulama PAS Kemaman Ustaz Zulkifli Nara.

Program menderma darah yang dengan kerjasama pihak Hospital Kemaman dan usaha Lajnah Kebajikan turut mendapat sambutan.

Karnival yang bermula pada 8 pagi itu dan berakhir pada 2 petang turut dihadiri Bendahari PAS Kemaman yang juga Presiden Kelab PAKAT 4 X 4, Haji Johan Ismail bersama RAPAT ResQ, Dr. Fadhil dari M Rich Sdn Bhd

Sewaktu ditemui, Ketua Lujnah Ekonomi MTD Kijal merangkap Pengarah program, Mohd Anuar Alias mengucapkan jutaan terima kasih diatas penglibatan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan majlis tersebut.