PAS harap prinsip penjawat awam ‘neutral’ kekal

847

KUALA TERENGGANU – Timbalan Pesuruhjaya III PAS, YB Dr Alias Razak hadir bersama petugas pejabat Perhubungan PAS negeri Terengganu meraikan rumah terbuka sempena hari raya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang diadakan di pantai Batu Burok pada Rabu 28 Ogos.

Beliau yang ditemui berkata, kehadirannya pada majlis tersebut adalah bagi memenuhi jemputan rasmi pihak MBKT bagi mewakili pemimpin PAS negeri Terengganu.

“yang pertamanya, saya ucap terima kasih kepada pihak MBKT yang sudi menjemput PAS untuk hadir dan pada hari ini saya hadir sebagai wakil seluruh pemimpin PAS negeri Terengganu memenuhi jemputan rasmi MBKT sebagaimana yang telah diamanahkan kepada saya,

Dr Alias Raya MBKT“dan AlhamduliLlah, majlis raya MBKT ada banyak makanan dan agak meriah juga,”ujarnya

Katanya, PAS menghargai jasa penjawat awam negeri Terengganu dan sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan kakitangan kerajaan tanpa mengira kecenderungan politik dan sokongan kepartian.

Menurutnya, PAS menyifatkan kakitangan kerajaan adalah ‘neutral’ dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dan berharap prinsip tersebut dikekalkan bagi menjamin hak rakyat untuk menikmati pembangunan.

“prinsip berkecuali (neutral) perlu dikekalkan dan dipegang oleh kakitangan awam supaya rakyat semua golongan yang menjadi ‘pembayar cukai’ dapat menikmati pembangunan,

“ia amat penting bagi kerana ia menjadi salah satu prinsip dalam perkhidmatan awam di negara ini,”jelasnya.

Beliau menjamin, PAS akan sentiasa bersikap ‘terbuka’ dan bersedia menjalinkan hubungan dengan mana-mana pihak atas dasar kebaikan dan taqwa.