PAS Dungun Sasar Tingkat Edaran Akhbar Harakah

1786

Oleh : Zulshawal

DUNGUN – PAS Kawasan Dungun meletakkan sasaran pengedaran dan langganan akbar Harakah berakhir pada tahun 2017.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun YB Cikgu Alias Harun menyeru agar ahli dan penyokong PAS agar istiqamah menjadikan akhbar rasmi parti itu sebagai bahan bacaan utama.

“Permulaan langganan kita lewat dua bulan daripada tarikh yang ditetap oleh negeri iaitu pada bulan Mac 2016. Kelewatan ini adalah kerana pada ketika itu kurangnya sambutan daripada pihak cawangan,”

“Namun kita membuat permohonan untuk diberi kelonggaran kepada Kawasan Dungun bemula bulan Mei. Alhamdulillah di atas usaha anda semua mencari pada ahli diperingkat cawangan anda, kita akhirnya berjaya menduduki tempat ke dua diperingkat pusat,” ujar beliau.

ADUN Rantau Abang Rantau Abang berkata demikian ketika berucap dalam majlis meraikan para pengedar akhbar Harakah peringkat cawangan-cawangan dan petugas dana infak kawasan Dungun pada Isnin 10 Julai, malam tadi.

Majlis yang dianjurkan bersama Lajnah Penerangan dan Urusan Ulama Kawasan Dungun dihadiri 80 orang petugas itu, diadakan di sebuah restoran, Jalan Baru Pak Sabah, di sini.

Oleh itu beliau berkata, Lajnah Penerangan dan Hubungan Media kawasan sedang menyusun kaedah agar pada akhir tahun ini kita beroleh angka 1000 naskah langganan.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan ialah Yang dipertua PAS Kawasan, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, yang juga Ahli Parlimen Dungun.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus lumus menaburkan khidmat bagi menjayakan agenda parti.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua, usaha anda telah terbukti hasil kerana wujudnya satu sistem organisasi yang betul,

“Kita perlu ingat, diperingkat kawasan, DUN dan cawangan organisasi amat penting. Ini kerana di dalam organisasi terdapat kakitangan. Kakitangan inilah yang berkerja serta berusaha menjayakan setiap arahan yang dikeluarkan,

“Akhirnya di dalam organisasi tersebut kita akan mengenali perkataan ‘kesukarelawan’ yang menjadi amalan dalam gerakkerja parti Islam.” jelas beliau.

Dalam majlis tersebut juga, Ustaz Wan Hassan telah menyampaikan sumbangan kepada 41 orang pengedar akhbar harakah keseluruh peringkat dalam kawasan.

Turut hadir YB Hj Wan Hapandi Wan, Timbalan Yang dipertua PAS Dungun YB Cikgu Wan Hapandi Wan Nik dan Ahli Jawatankuasa PAS Dungun, Ustaz Azman Safawi Abd Rani.