PAS DUN Paka Gotong Royong Baiki Jalan

2714

Oleh : Aziz Jusoh

DUNGUN – PAS menganjurkan gotong-royong menurap jalan tar yang rosak dan berlubang diadakan di sekitar Taman Saujana 2, di sini, bagi mengatasi masalah lopak air bertakung sehingga menyukarkan pengguna jalan raya.

satiful gotong royong1Kerja amal berkenaan diadakan sempena program YB bersama masyarakat yang diadakan di Tebing Tembah selama dua hari berturut-turut anjuran Jawatankuasa PAS DUN Paka dengan kerjasasama PAS Cawangan Tebing Tembah dibantu penduduk setempat.

Langkah membaik pulih jalan rosak itu diambil sebagai usaha memudahkan pengguna dan sekiranya dibiarkan berterusan boleh mengundang keadaan lebih teruk terutama menjelang musim tengkujuh.

Menyokong usaha itu, ADUN Paka, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat serta pimpinan peringkat Dun Paka turun padang melancarkan kerja gotong-royong demi manfaat bersama itu.

Salah seorang penduduk, Norhisyam Nor, 32 berkata, jalan berkenaan mudah digenangi air sekiranya hujan turun dengan lebat.

satiful gotong royong4Bila jalan menakung air ia akan menyulitkan orang ramai, malah mengundang bahaya kepada pengguna.

“Paling berisiko ialah penunggang motosikal kerana boleh menyebabkan kemalangan apabila mereka cuba mengelak lopak air.

“Langkah ini memang bertepatan dan amat membantu kerana kami berdepan masalah sama setiap kali tiba musim hujan,”katanya.

Dana yang digunakan untuk kerja-kerja menurap jalan adalah dari Pas Dun Paka hasil sumbangan orang ramai.