PAS DUN Ladang Bersedia Menghadapi Sebarang Kemungkinan

1175
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Tengku%20Hassan%20Tengku%20Omar.jpg

“Insyaallah pada 5 hb (Mei) nanti akan berlaku pilihanraya dan kita akan bersedia menghadapinya dengan segala kemungkinan yang akan berlaku,

“dan kita akan beritahu kepada rakyat tentang janji kita kalau kita menang yang telah kita sebutkan manifesto kita dan yang pentingnya maklumat ini biarlah sampai kepada rakyat untuk rakyat membuat pilihan  yang tepat,”ujarnya.

Beliau berkata, PAS telah memberitahu banyak perkara tentang penyelewengan-penyelewengan yang telah berlaku kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sekarang, sejak 56 tahun dulu.

Katanya, sudah terlalu lama BN memerintah negara dan sudah tiba masanya untuk digantikan dengan PAS dan Pakatan Rakyat. [Lihat Video]

Oleh itu, beliau menyeru kepada semua rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya, untuk membuat perubahan dalam pilihanraya umum pada kali ini.

“saya rasa dah sampai masa untuk kita ganti dan InsyaAllah kita memberi harapan yang tinggi (kepada rakyat) untuk (PAS) kembali memerintah Terengganu dan InsyaAllah Malaysia juga akan dimiliki oleh Pakatan Rakyat,

“dan jentera dalam keaadan baik dan isu-isu telah kita sebarkan kepada rakyat supaya mereka membuat pilihan tepat tentang perkara yang  berlaku dan membuat pilihan siapa yang akan mereka pilih nanti,”jelasnya.

Justeru, selaku calon PAS dan Pakatan Rakyat yang akan bertanding beliau berharap para pengundi DUN Ladang dapat mengundi PAS.

“jadi saya menyeru kepada semua pengundi di kawasan Ladang supaya pada 5hb nanti tolonglah mengundi dan membuat pilihan yang tepat,

“dan selaku calon DUN Ladang saya merayu berilah kesempatan dan kepercayaan kepada kami untuk kami memerintah Terengganu Pada akan datang ini InsyaAllah,”tambahnya