PAS DUN Kemasik Bantu Mangsa Ribut

1483

Oleh; Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN – Musibah ribut yang melanda rumah Ismail Besar, 69 tahun mendapat perhatian PAS DUN Kemasik untuk memberi bantuan kewangan dan bahan binaan bagi membaik pulih kerosakan rumah.

Pada kejadian 23hb Ogos lepas, sekitar jam 8.00 malam angin kuat yang membadai 5 buah rumah di Kampung Kemasik Pantai, Kemasik menyebabkan sebahagian besar struktur atap rumah terbabit rosak teruk.

Menurut Setiausaha PAS DUN Kemasik, Roslan Endut, bantuan kewangan kecemasan telah disampaikan kepada mangsa petang semalam dan pihak PAS DUN akan membekalkan atap asbestos kepada saudara Ismail pada hari ini.

11205035_1276393172386940_1790011145294076253_nPetang semalam PAS DUN Kemasik terdiri dari Setiausaha, Roslan Endut, Bendahari, Ustaz Maznan Chik, Ketua Penerangan, Mohd Tishaah Hamzah dan Ketua Pemuda, Ir Saiful Azmi Suhaili turun melihat dan menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa. Turut hadir Ketua PAS Cawangan Kemasik Pantai, Hj Salleh Mohd Amin.

(Gambar atas – Ketua Penuda PAS DUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili (paling kanan) menyampaikan sumbangan kepada Ismail di depan rumahnya).

Ismail Besar tinggal bersama isteri dan mempunyai 8 orang anak merupakan bekas tentera dan anak jati Kg. Kemasik.
Beliau merayu kepada pihak Kerajaan Negeri meluluskan permohonan tanah yang dikemukakannya bagi beliau mendirikan rumah kekal di kawasan yang selamat dari tiupan ombak besar dan angin kuat.

‘Pok Wel meminta jasa baik YB Ir Rosli Othman, ADUN Kemasik ini untuk mempertimbangkan permohonan Pok Wel untuk mendapatkan sebidang tanah atau sebuah rumah mampu milik dan impian Pok Wel hanya mahu memiliki sebuah rumah kekal sebelum menutup kedua biji mata saya ini buat selamanya’, ujarnya ketika dikunjungi di rumahnya petang semalam.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Ismail Besar boleh menghubunginya 012 9542605 atau menyalurkan sumbangan ke MAYBANK – 164294263187 – Ismail Bin Besar.