Terengganu, Malaysia

PAS Cadang Pinda Perlembagaan, Tubuh Dewan Ulamak Kawasan

kam3481(c)-sarawak3

Oleh KAM

HULU TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan meminda Perlembagaan partinya pada Muktamar Tahunan PAS, Jun depan, bagi membolehkan Dewan Ulamak PAS peringkat kawasan ditubuhkan di seluruh negara.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddun Hassan berkata keperluan cadangan Dewan Ulamak PAS peringkat kawasan diwujudkan bagi memperkukuhkan parti.

Ini kerana, kata beliau, buat masa ini struktur organisasi sayap parti PAS itu hanya wujud di peringkat Pusat dan negeri sahaja.

kam3479(a)-pinda1“Kita akan pinda Perlembagaan dalam Muktamar PAS bulan Jun depan untuk kita wujudkan Dewan Ulamak peringkatan kawasan. Sekarang ini yang kita (PAS) ada (peringkat kawasan) Ketua Urusan Ulamak.

“Sebab, kita melihat ramai tokoh-tokoh yang layak menjadi ahli dewan ulamak ini berada di semua kawasan-kawasan. Kita rasa sudah sampai masanya kita (PAS) wujudkan Dewan Ulamak PAS Kawasan-kawasan.

“Keperluannya, untuk memperkukuhkan parti (PAS). Selama ini kegiatan ulama’ ini dibuat peringkat jawatankuasa Urusan Ulamak sahaja.

“Kita (PAS) ada Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Ulamak PAS Negeri-negeri. Jadi peringkat kawasan putus (tiada) sedangkan kita (parti) peringkat kawasanlah yang penting. Sebab ianya melibatkan pemilihan dalam mesyuarat agung.

“Jadi, kawasan ini satu ‘lavel’ yang perlu mantap dengan kegiatan dan perlu ada Dewan Ulamak di kawasan,” jelasnya.

mesy huluBeliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Hulu Terengganu Kali Ke-32, di Dewan Tuan Guru Dato’ Harun Taib, Markaz Tarbiyah PAS Kubang Lembek, Manir pada 16 April.

Hadir sama Setiausaha PAS Terengganu selaku Yang Dipertua (YDP) PAS Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Timbalan dan Naibnya, Ustaz Ismail Osman dan Ustaz Hilmi Harun, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, Ketua Muslimat PAS Hulu Terengganu, Ustazah Suhaimah Alias, Ketua Urusan Ulamaknya, Ustaz Mohd Thuqiman Tahar dan Ketua Pemuda Hulu Terengganu, Ustaz Tarmizi Rased.

Dato’ Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menjelaskan pindaan itu bakal memberi ruang kepada yang berkelayakan memperkukuh organisasi Dewan Ulamak itu sendiri yang seharusnya diperkuat di peringkat akar umbi.

Sebelum ini, katanya di peringkat kawasan PAS hanya mempunyai Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan.

kam3482(b)-menang2Apabila pindaan itu diluluskan kelak, kata beliau membolehkan mana-mana anggota PAS yang berketerampilan dalam bidang pengetahuan agama memberi tumpuan memantapkan organisasi tersebut.

“Seseorang layak jadi ahli Dewan Ulamak jika dia ada ijazah pendidikan Islam atau (pengajian) di pondok dan sebagainya. Itulah orang yang layak jadi ulama.

“Kalau dia umur bawah 40 tahun (dan memiliki pendidikan dalam bidang agama), dia boleh pegang dua dewan iaitu Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak,” ujarnya.

Sebelum mesyuarat itu dirasmikan, beliau turut melakukan pemeriksaan perbarisan 37 anggota Jabatan Amal Malaysia Hulu Terengganu, Briged Nisa’ dan Ameerah.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan