PAS Bimbang Umat Islam Rohingya Pupus

1913

Oleh KAM

COX’S BAZAAR, Bangladesh – PAS melahirkan rasa kebimbangannya jika keadaan penghapusan dan pengusiran etnik Rohingya berterusan di Myanmar, akan pupus umat Islam negara tersebut.

Timbalan Penngarah PASRelief Ustaz Norazli Musa berkata kebimbangan terhapusnya umat Islam di bumi Arakan yang kini dikenali Rakhine itu sangat berasas berdasarkan situasi semasa.

Katanya, pembunuhan dan pengusiran besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Myanmar amat dahsyat terhadap etnit Rohingya.

Malah, kata Ustaz Norazli hingga mangsa-mangsa pelarian yang ditemui di beberapa buah kem penempatan sementara di sempadan Bangladesh tidak lagi berhasrat untuk kembali ke tanahair mereka.

“Kami (PAS) bimbang jika kerajaan Myanmar berterusan menzalimi, membunuh dan mengusir umat Islam dari etnik Rohingya. Suatu hari tidak akan ada lagi orang Islam di bumi Arakan itu.

“Ramai mangsa pelarian yang kami temui dalam misi bantuan kemanusiaan ini, rata-rata mereka tidak lagi mahu kembali ke tanahair kerana takut mati dibunuh.

“Jutaan umat Islam Rohingya kini menjadi pelarian dan puluhan ribu yang mati dibunuh atau terkorban dalam masa pelarian itu,” ujarnya kepada Harakah. selepas menyampaikan bantuan dalam Misi Bantuan Kemanusiaan anjuran PASRelief di Camp. Balokhali, Cox’s Bazaar, semalam 12 Oktober.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat,

Timbalan Pengerusi PASRelief turut kesal dengan sikap Pemenang Nobel, Aung Suu Kyi yang membisu apabila kezaliman itu berlaku terhadap umat Islam.

Justeru, kata Ustaz Norazli masyarakat antarabangsa wajar mengambil langkah drastik serta memberikan tekanan kepada kerajaan Myanmar.