PAS bersama ANAK dahului Umno; menuntut hak generasi kedua

801

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/01/anaktakraw.jpgFelda Cemplak, LABIS – Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) mendahului Umno dalam menuntut hak generasi kedua ditanh-tanah rancangan Felda seluruh negara.

Presiden ANAK, Mazliman Aliman berkata, tugas beliau adalah pemudahcara diantara warga Felda dengan kerajaan.

“Saya tekankan kepada Datuk Ahmad Maslah sejauh mana komitmen kerajaan menangani isu-isu dalam tanah rancangan Felda, kebimbangan saya tentang perumahan genasi kedua Felda,

“daripada 1.6 juta warga Felda ada 30% tinggal menyewa atau tinggal dirumah orang tua mereka,”katanya ketika berucap merasmikan pertandingan sepaktakraw di Felda Cemlak, disini.

Beliau menegaskan, mestilah ada satu jaminan daripada pihak kerajaan terhadap perkara tersebut.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Kontinjen PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat.

Hanafiah berkata perjuangan PAS dibawah ANAK telah berjaya membawa arus perubahan kepada generai ke 2, 3 dan 4 anak-anak Felda khususnya di Felda Cemlak.

“Arus perubahan yang sedang melanda di kawasan Felda telah membuka mata generasi ke-2, 3 dan 4,

“saya telah melihat satu perubahan yang nyata dalam beberapa hari kempen pilihanraya disini, pada hari ini, anak-anak muda Felda Cemplak telah mengambil tindakan berani,”ujarnya.

Katanya, seramai 42 orang anak-anak muda Felda telah menyertai pertandingan sepak takraw anjuran ANAK dan akan diikuti dengan program ‘Semalam di Cemlak’ program malam kesenian Islam.

“AlhamduliLlah, kita bersyukur, dan akan terus berusaha untuk memberikan kesedaran kepada anak-anak Felda tentang hak meraka,

“pada malam ini, kita akan meneruskan kempen dengan program malam kesenian Islam, ‘Semalam di Cemplak,”

http://www.youtube.com/watch?v=N7KvgI1trWs