Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat digesa meningkatkan usaha dan menyusun program dengan perancangan yang rapi agar kemenangan Islam dapat diraih dengan segera.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata sayap kanan PAS itu adalah ‘umpama roda’ yang boleh mempercepatkan kemenangan PAS pada pilihanraya kali ke-14 akan datang.


“muslimat merupakan sayap parti yang mampu bergerak secara terancang dan tersusun dalam mengalas tanggungjawab,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu di Kuala Ibai, di sini pada Sabtu 28 Mac.
Sehubungan itu, Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah ‘menyuntik’ semangat kepada para perwakilan pada mesyuarat tersebut.
Beliau memberi ingatan kepada 500 orang anggota muslimat yang hadir, PAS bukan hanya semata-mata parti politik sahaja.
“PAS bukan sekadar parti politik, tapi lebih dari itu……………kita yang membawa halatuju Islam.
“kita yang akan mengangkat martabat Islam dan muslimat adalah salah satu jentera yang mampu melaksanakannya,”ujarnya.
Mesyuarat Agung melibatkan pemilihan sesi 2015 – 2017 Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu itu dihadiri oleh para perwakilan dari 53 cawangan.
Pada pemilihan tersebut, Muslimat Kuala Terengganu telah mendapat Ketua yang baru apabila Puan Shamsiah Abu Bakar mengantikan Puan Zaitun Abas, yang telah berkhidmat selama dua penggal.


“kita mahu melihat Muslimat dan Ameerah bergerak seiring dalam melaksanakan gerakkerja jemaah
“dan setiap apa yang kita lakukan berpaksikan ikhlas kerana Allah dan tidak dapat (boleh) tidak wala dan thiqah pada pemimpin,
“itu asas dan tunjangnya,”ujar Puan Zaitun.
Sementara itu, wakil Dewan Muslimat PAS Negeri yang menghadiri mesyuarat tersebut, Puan Raja Endun Raja Abd Rahman, menggesa Muslimat menjadi elemen yang dapat menyatukan saf perjuangan PAS.
“Muslimat mesti memperkemaskan gerakkerja, rapatkan saf dan tidak mudah di pengaruhi oleh unsur unsur yang boleh memecahbelahkan parti,
“dan berdiri teguh di belakang Presiden,”tegasnya.





























