PAS Ajak Rakyat Buat Perubahan

1454

Oleh : KAM

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menyeru seluruh rakyat khususnya para pengundi di bawah usia 50 tahun agar berani membuat perubahan kepimpinan negeri dan negara ada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata majoriti pengundi pada PRU14 akan datang adalah pengundi di bawah usia 50 tahun ke bawah.

20160728_114444Menurutnya, rakyat sendiri yang akan menentukan kepimpinan dan masa depan negeri serta negara ini.

Justeru, katanya usia pengundi bawah 50 tahun merupakan golongan yang bermaklumat serta mengikuti perkembangan politik semasa melalui media baharu.

“Sebenarnya, rakyat sendiri yang akan menentukan kepimpinan dan masa depan pemerintahan negeri Terengganu ini.

“Tuan-tuan dan puan-puan yang akan menentukan. Sebab, majoriti pengundi akan datang berusia 50 tahun ke bawah. Mereka ini lebih bermaklumat dan mereka yang menggunakan media baharu, facebook, twitter, whatspp dan sebagainya.

“Mereka dapat maklumat dengan lebih cepat. Mereka inilah yang bakal menentukan siapa yang sebenarnya akan memimpin negeri Terengganu mahu pun kerajaan Malaysia.

DSC_0140“Sebab itu, kita (PAS) mengharapkan maklumat-maklumat, kefahaman dan penjelasan ini (disebar) supaya generasi baru ini lebih bermaklumat dan boleh membuat pilihan yang terbaik dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang, yang akan meletakkan tanggungjawab bagi menjaga dan memenuhi keperluan rakyat di negeri ini sendiri,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Terengganu di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), pada Khamis28 Julai.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Dato’ Wan Mutalib Embong, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran Gopal Krisnan, pemangku Ketua Muslimat PAS Terengganu, Ustaz Zarani Othman dan ramai lagi.

DSC_0096Sambutan rumah terbuka PAS Terengganu itu juga turut dihadiri oleh kerabat raja Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Ustaz Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka menegaskan perubahan yang perlu dilakukan itu bagi memberi manfaat besar kepada rakyat berbilang agama dan bangsa.

Bahkan, katanya PAS tetap akan meletakkan dasar Islam bagi memacu perubahan ‘roadmap’ kembali ke Wisma Darul Iman.

“Saya rasa cukuplah dalam suasana yang ada ini dengan perkembangan (politik semasa) yang berlaku, permasalahan-permasalahan yang berada dihadapan mata kita sendiri supaya rakyat berani membuat perubahan.

“Perubahan untuk kita (PAS) kembali ke Wisma Darul Iman. Perubahan yang boleh manfaat yang besar kepada rakyat Terengganu yang berbilang agama dan bangsa untuk kita (PAS) meletakkan Islam sebagai dasar yang selamat di dunia dan akhirat,” tegasnya.

20160728_115952Menurutnya, PAS amat memahami realiti hidup rakyat di negeri ini yang menghadapi kesempitan akibat dari penyelewengan serta ketirisan di peringkat pusat dan negeri.

“Kita (PAS) dalam suasana raya juga perlu berkongsi sama dengan realiti hidup masyarakat Terengganu yang makin hari semakin menyukarkan.

“Harga barangan semakin meningkat, sumber pendapatan yang semakin mengucup, peluang pekerja terhad, bajet negeri yang dipotong hampir 60 peratus.

“Penyelewengan dan ketirisan yang berlaku di peringkat pusat mahu pun di negeri Terengganu ini sendiri,” jelasnya dihadapan hadirin.

https://youtu.be/jpdIo3n0rHc

https://youtu.be/IjB2IKeR1_s

https://youtu.be/7OQ9f9c0Be4

https://youtu.be/tNEvl2BBX4Q